Saturday 8 August 2015

Dubai : Naik Big Bus Dubai hop-on hop-off Tour

Sebenarnya aku xingat dah harga pakej ni.. kitorang amik sekali dgn pakej naik cruise beserta dinner sekali.. orang lain semua pi bawa couple memasing..  ada couple yg muda.. ada couple yg dah berumur.. kitorang pulak dok bawa anak2.. haha.. nasib la..

Naik bas ni dia bawa kita jalan2 sekitar bandar di Dubai.. dia tunjukkan bangunan2 yg famous.. shopping mall yg mahal giler..sampai tak boleh langsung amik gambar kat situ.. jadi kitorang cuci2 mata je la.. pastu dia bawa gi tgk kawasan perumahan yg mahal giler.. perumahan yang dibina di atas pulau buatan.. nama kawasan ni ialah Palm Jumeirah.. salah satu banglo mewah ni dimiliki oleh Shah Rukh Khan.. sekali setahun camtu dia akan ke dubai bersantai dgn familinya lah. Pulau buatan ni pulak bentuknya macam pokok kelapa..atau pokok tamar.. ala2 mcm hotel kat Sepang tu la..Gold Coast Sepang..

Duduk kt atas bas senang nak cuci mata tengok pemandangan kt Dubai ni.. bangunan byk yg petak2..



Tak tau nama masjid ni .. sebab main snap je dari atas bas..


Hotel Burj al-Arab.. hotel paling tinggi di dunia.. 321m dibina di atas pulau buatan.. dan merupakan salah satu hotel yang termahal di dunia.. rate 1 malam $15000.. pastu pinggan mangkuk sudu garpu diperbuat dari emas.. huu.. nak dekat sun set dah time ni.. amik gambar pun dr atas bus..


Terowong yang dibina dibawah dasar laut yang menghubungkan darat dgn pulau buatannya...Palm Jumeirah tu la..


Pintu masuk hotel yang termahal di dunia.. Hotel Atlantis.. dlm ni ada aquarium yang terbesar.. water park.. gelanggang tennis di terbuka di tingkat atas..so..kalau nak tengok pemandangan dubai secara langsung tanpa dihalang oleh kaca.. naikla ke atas ni.. tapi aku tak masuk pun hotel ni.. bas berenti depan hotel pastu tour guide cerita pung pang pung pang psl keunikan hotel ni pastu pusing balik.. hari pun dah malam.. 

Pastu tour ni bawa kitorang pi tengok Burj Khalifa.. pemandangan waktu malam plak.. 


Lepas tgk Burj Khalifa, kitorang naik cruise sambil dinner


Rupa paras cruise yg bawa kitorang dinner.. berlampu2 lagi.. 


Dapat pisau makan terus jd pendekar.. aksi ini dipantau.. sila jgn takut..heheh..




Antara menu yang dihidang di atas cruise.. tema ala2 cleopatra gitu..
Sementara pengunjung makan, kitorang disajikan dgn beberapa persembahan..
Tap..tiba2 lampu padam.. kain baju orang yg buat persembahan tu berlampu2..tiba2 dtg plak mende alah ni.. si pendekar adam takut.. lalu menangis dan memeluk ayahnya.. hahaha


Gambar kitorang yang huru-hara.. makan dgn bdk2 mmg la xleh nak duduk diam.. 
Tak byk gambar kitorang dlm ni.. sbb camera goyang.. kalau bkn tgn org yg tangkap gmbr ni goyang, bdk2 pulak gerak2.. mmg sabo je la..
Sebelah meja kitorang tu pelancong dari Algeria.. pengantin baru.. honeymoon kt sini.. 
Pemandangan yg dpt dilihat dr atas cruise ni.. cruise ni ada 2 tingkat..boleh mkn kat atas dan kat bawah.. kitorang pilih bawah sbb ada aircond.. kt atas.. kwsn terbuka .. panas wey.. 

Balik tu dah lewat sgt.. teksi pun payah nak dpt.. huhu.. sabo je la.. 

No comments:

Post a Comment

Hobi bertukar side income

  Assalamualaikum.. Sejak berhenti kerja 7 tahun yang lalu, aku mmg tak bekerja dan hanya menumpukan sepenuh perhatian pada anak-anak, suami...