Wednesday, 17 September 2025

Nasi Lemak

Assalamualaikum..
Dari semalam lagi bertrip-trip basuh baju. Banyak betul baju-baju yg nak dibasuh. Masa kami ke Ranau, cuaca di KK tidak berapa baik. Hujan sepanjang malam dan awal pagi. Ada juga hujan sepanjang hari, berhenti sekejap, lepas tu sambung balik hujan. Banyak tempat yang telah dinaiki air. Alhamdulillah hari ni tak hujan. Hari ni terasa macam nak masak nasi lemak, dah lama tak buat. Periuk nasi kat rumah ni kecik, muat 4 cup beras je. Selalunya masak nasi 1 cup setengah atau 2 cup je. Kalau semua ada kat rumah, baru masak 3 cup. Jarang sangat masak 4 cup. Sebenarnya tak yakin sangat boleh masak dengan sempurna nasinya.. sekalinya memang betul. Nasi masih mentah. Saya pun terus sendukkan nasi, masukkan ke dalam periuk pengukus. 

Sementara itu, nak masak sambal ikan bilis. Disebabkan malas nak kotorkan dapur dengan percikan sambal, saya masak sambal guna thermomix sahaja. Sambil malas2 pun boleh settle. Kalau masak nasi goreng atau mihun, saya lebih suka guna kuali. 

Nasi ni warnanya kuning sikit, sebab letak serbuk kunyit. Mula2 tumiskan hirisan bawang putih dan hirisan halia. Lepastu terus campak dalam rice cooker, tambah santan kotak 1, susu cair-balance yang ada dalam fridge, sebab nak habiskan. Malas nak simpan lama-lama. Masukkan air, garam dan daun pandan. Kacau-kacau. 

Telur rebus je, malas nak goreng kacang tanah..

Hasil sambal masak guna thermomix, minta maafla banyak betul minyak. Lurus naw, ikut resepi sebiji-sebiji. 150-200 gram minyak masak. Saya letak dalam 195 gram. ๐Ÿ™ˆ Tapi xpe, kadang-kadang balance sambal nasi lemak ni, bahagian minyak dia saya akan guna untuk menumis bila nak buat nasi goreng ke utk keesokan harinya. Siap-siap cakap ke anak, kalau nak amik sambal, jangan amik minyak, amik sambal je. 

Timun jepun

Tadaaa.. dah siap dah nasi lemak yang sangat-sangat jarang memasaknya.. konon nak buat ala-ala kedah, tapi yg tu diorang guna beras basmathi. Saya pulak tak pernah beli beras tu. Orang kata lebih cantik kejadiannya kalau guna beras basmathi. Saya tak pernah beli sebab beras ni tak berapa kenyang..๐Ÿ˜…Mungkin next time boleh cuba.. Teringin juga nak belajar nasi yang berperisa ni.. Musim cuti sekolah ni, sarapan pagi kena berat sikit supaya anak-anak kurang sikit kekerapan diorang buka fridge.. kalau tak asik ke situ je la kerjanya.. haha..


Tayar pancit pula

11/9/2025

Kelmarin dah dapat maklumbalas dari SPI Putrajaya yang Adam diterima masuk ke Smaputra. Alhamdulillah. Semalam pergi pejabat sekolah Adam nak uruskan pasal surat tu. On the way nak ke sekolah dia tu, terlanggar sesuatu kat jalan. Keras bendanya, xtau apa. Tak sempat nak elak. Masa tu dah risau takut tayar bocor. Drive pun rasa mcm stereng tu senget ke kiri. Ah..sudah.. Berhenti la sekejap kat food court sebelah gereja. Tengok2, memang sah tayar dah kempis. Bgtau en suami pasal tayar tu, mujurla area Bundusan tu banyak kedai tayar. Saya pun drive la perlahan-lahan ke kedai tayar. Dia tampal je tayar tu, kena charge RM10. 

Petang tu masa balik dari amik Aqlan dan Arissa kat sekolah, tengok tayar tu pancit lagi. Mungkin dia tak betul2 buat kot. 

Semalam sebelum keluar, sempat buat bekal untuk en suami. Dia minta buat Suhun Pedas Berapi. Tengok resepi dlm reels fb. 


Plannya nk buat sambal tempe semalam, dah macam-macam hal tidak terduga melanda, terus tak jadi sebab kalau nak buat sambal tempe ni banyak sikit masa yang diperlukan. Lagi-lagi kalau belum rebus dan blender cili kering, lagi lambat la nak siapnya. Nak goreng-goreng lagi tempe, kentang dan ikan bilis. Patutla mak dulu mcm tak nampak buat sambal tempe. Padahal kami ni memang orang jawa. Mak dulu sangat sibuk dengan mengajar dan menjaga kedai abah. Masak memang simple2 je. Tengokla kalau sempat, hari ni la buat sambal tempe. Aqlan suka naw dengan sambal tempe.

Disebabkan entri ni dah tertangguh bbrp hari, hari ni sambung balik..hihi.. So, akhirnya sambal tempe yang plan nk buat hari tu dah berjaya dihasilkan.

Letak dalam bekas terus, sebab senang nak simpan bakinya. 

Alahai, bulan ni banyak naw tertangguh menulis blog. 


Tuesday, 9 September 2025

Sup ketam

Assalamualaikum..

Bila rajin ke pasar basah, baru muncul hidangan makanan laut di meja makan. Kalau time malas, makan ayam je la hari-hari.. hehe.. Teringat dulu masa mengandungkan Aqlan, teringin betul nak makan sup ketam. Masa tu masih bekerja. En suami pulak jadual kerja dia sebulan di Iraq, sebulan di Malaysia. So, waktu tu dia tengah cuti di Malaysia. En suami sangatla jarang memasak, hampir tak pernah rasanya. Cuma waktu tu bagitau je la dia yang saya teringin betul nak makan sup ketam. Balik je kerja hari tu, tengok2 dia dah siap masak sup ketam, sayur campur dan ada ayam masak kurma lagi. Tak sangka. Terharu betul. 

Sekarang ni, bila saya masak lauk ketam je, Aqlan memang suka betul makan. Ntah-ntah waktu mengandung tu dia yang teringin sangat nak makan ketam. Kadang buat ketam masak cili, kadang-kadang sup ketam. Kali ni sebab nak makanan yang bersup dan tak pedas, jadi buat sup ketam je lah. Arissa pun boleh makan.

 

Ni post yang tergendala hari  tu, 9 September. Awal sept hari tu memang bz sikit sebab nak uruskan pertukaran sekolah Adam. 

Sukan MSSRI Aqlan masuk perbarisan

 Assalamualaikum..

Hari ke-9 bulan 9 baru nak buat post baru. Ntah apa yang sibuk sangat tu. Sabtu dan Ahad lepas sekolah Aqlan jadi tuan rumah untuk sukan (Majlis Sukan Sekolah Rendah Islam di Sabah). Ada 7 penyertaan sekolah rendah islam swasta, paling jauh datang dari Tawau dan Sandakan. Tahun lepas diorang buat kat Tawau. Kita lah yg datang dari jauh. Naik bas berbelas-belas jam. Ada juga guru, parent dan anak yang datang naik flight. Tahun lepas Aqil wakil lontar peluru. Saya dan husband tak ikut sekali rombongan diorang sebab ada jemputan kenduri kesyukuran kawan husband kat Tambunan. Aqil je lah pergi seorang dengan rombongan sekolah.

 Cuma, tahun ni.. kurang bernasib baik sebab tak ramai atlet sekolah yang menang..Atlet-atlet yang hebat2 semua dah naik sekolah menengah. Tahun depan kena cuba lagi. Anak-anak saya memang tak berbakat kalau dari segi sukan-sukan ni. Sebab mak ayahnya pun sama..hehe..

Tahun ni Aqlan masuk perbarisan, gigih diorang berlatih sampai 2 minggulah tak belajar. Kulit pun dah hitam..kiki.. Tema untuk perbarisan tahun ni adalah kerjaya : Peguam, Florist, Petani, Nelayan, Ninja Van, Food Rider dan Chef. Sekolah Aqlan dapat tema chef. Comel-comel semua maskot dan baju-baju diorang. 

Bagi sedut sket smooties yogurt mangga untuk tenaga.hehe.

Terpacak garfu pada mi tarik.

Besar betul ayam panggangnya.

Tak banyak ambil gambar, ni pun screenshot dari video.

Semasa pengumuman tempat ketiga..dan seterusnya kedua, tak naik lagi nama sekolah..mula dah pasrah je lah kan.. Anak-anak semua muka dah keletihan. Akhirnya sekolah Aqlan dinobatkan sebagai juara perbarisan tahun ni. Alhamdulillah. Bak kata Adam, berbaloi hitam. haha.. 
Tahun ni sekolah dari Tuaran banyak pingat emas diorang dapat kutip, mantap.  Dengarnya diorang ada coach sukma untuk train atlet diorang. 

Friday, 29 August 2025

Proses tukar sekolah dari Sabah ke Semenanjung

Dua minggu lepas, masa nak jemput Adam balik bermalam, singgah pejabat sekolah dia kejap. Nak minta borang tukar sekolah. Masa tu kebetulan pengetua ada. So, pengetua nak jumpa sekali. Masuk je bilik pengetua, dia terus tanya kenapa nak pindah sekolah.. Saya bagitau la sebab ayah dia dapat pindah kerja di semenanjung. Owh.. nasib baik sebab kerja, bukan sebab benda lain. Ye lah kan sekarang ni tgh hot pasal kes arwah Zara tu. Dah la sekolah SMKA juga ni. Mungkin pengetua risau sebab kena buli ke apa.. So, ok je la. Cuma dia kata, proses pengurusan untuk pindah sekolah ni ambil masa sikit. Saya cakap xpe, saya mohon je awal sebab cnfm pindahnya bulan 10, proses perpindahannya dalam bulan 9 ni saya terima je, lagipun bulan 9 ni ada cuti panjang takut effect dia jadi lambat. 

Borang jadual 3 tu dah siap isi, hantar ke pejabat sekolah semula. Lepas tu, sekolah akan draf surat baru ikut maklumat yang kita isi. Hari Rabu lepas saya dah hantar ke pejabat, so petang semalam dia wassap minta ambil hari ni. Kebetulan hari ni ada report card day Adam, so sekalilah ambil surat tu kat pejabat. Lepas settle ambil surat dan jumpa guru kelas Adam, kitorang terus ke Sektor Pendidikan Islam, JPN Sabah. Pejabat SPI ni berhadapan dengan Maktab Sabah. Sebab pindah antara negeri terus berurusan ke JPN, kalau pindah antara daerah kene berurusan di PPD. Surat tu dikepilkan sekali dengan 2 salinan ic pelajar, 2 salinan surat beranak pelajar, 2 salinan ic ibu dan bapa serta 2 salinan sijil nikah ibubapa. Salinan ic dan surat beranak tu kena sahkan di Jabatan Pendaftaran Negara, manakala salinan sijil nikah pula perlu pengesahan di Majlis Agama Islam Sabah (MUIS) - Bahagian Pentadbiran Syariah (Nikah, cerai dan Ruju’) Tingkat 10. 

Tahun lepas, masa nak apply sekolah menengah (feeder school) untuk Aqil, saya dah minta pengesahan salinan sijil nikah banyak salinan juga. Tapi rupanya pengesahan ni valid 3 bulan sahaja. Diorang memang siap-siap letak tarikh masa nak buat pengesahan tu. Kena tunggu diorang contact Majlis Agama Islam Pahang dulu, bila pihak sana kata sah sahaja, baru pihak MUIS sahkan. Nasib sekejap je dah dapat pengesahannya. Diorang cakap, lepas ni bawa je salinan yang dah pernah sahkan tu walaupun tarikh dia dah tak valid dan tunjuk kat diorang, diorang akan terus sahkan tanpa contact pihak dari Pahang. Owh..macamtu rupanya. 

Minggu lepas saya pergi Jabatan Pendaftaran Negara di UTC Kota Kinabalu untuk sahkan ic dan surat beranak tu. Diorang boleh sahkan max 3 dokumen je. Kiranya memang kita tak boleh nak sahkan banyak2 salinan untuk kegunaan akan datang. Boleh sahkan cukup-cukup untuk keperluan je. Baru tau rupanya ada tarikh valid dia sama mcm sijil nikah, pihak JPN cakap valid dia ikut agensi mana yang kita berurusan. Kalau boleh dalam tahun yang sama. 

Alhamdulillah, semua urusan di SPI negeri pun dah settle, tinggal hantar surat ke Putrajaya. Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan pertukaran ini. Biasanya kalau pindah dari Borneo ke semenanjung atau semenanjung ke Borneo ni mudah sikit urusannya berbanding kalau pindah semenanjung ke semenanjung. Mungkin la, ni pendapat saya sahaja. Kena ada alasan yang kuat la. Yang penting kena sama aliran. Smka Tmua dgn Smka Tmua. 

Wednesday, 27 August 2025

Krishna Curry House dan Kokol Hill

 Hari ni, kakak ipar dah free, meeting 2 hari berturut2 di sini. En suami pula mohon cuti hari ni. Dapatla kami bawa kakak jalan-jalan area KK ni. Pukul 9.30 pagi ambil kakak di hotel tempat penginapan dia dan bawa dia cuci-cuci mata di Jamilah Jewellery. Kat KK ni ada 2 jenis kedai Jamilah Jewellery, satu yg jual perhiasan yg agak mahal tapi kualiti dia bagus dan design dia lebih cantik. Lagi satu yg murah sikit dan ada juga jual macam-macam cenderahati. Sesuai untuk bagi kawan-kawan atau saudara-mara sebagai buah tangan dari Sabah. Bagi saya terpulang la nak pilih yang mana. Cantik itu subjektif.

Lepas dah cuci-cuci mata, adalah beberapa kerongsang yang menarik minatnya untuk dibeli. Lepas pegi Jamilah Jewellery, kami lunch di Krishna Curry House di Penampang. Kedai ni halal tau dan kari dia memang sedap meletop. 

Kari kepala ikan merah


Roti canai dia lembut, tak liat

Nasi, sayur kobis goreng dan terung sambal

Sotong sambal

Kakak ipar dan en suami pilih sayur kacang panjang dan terung, adik-beradik selera sama..

Lepas lunch, kami ke Kokol hill. Nak tengok pemandangan KK dari atas bukit ni. Mulanya nak pegi Hillside Kokol, tapi hari Selasa dia tutup pula. last-last kami ke Kokol Haven Resort. Tiket masuk dia RM20 seorang, boleh redeem RM10 setiap tiket untuk makanan atau minuman kat cafe dia. So ok la, buleh kupi-kupi juga di sini. 

Banyak spot menarik untuk bergambar. Kitorang pegi hari sekolah memang seronok la bergambar, xde orang lain melainkan kami..haha.. Ada orang lain juga tapi diorang tak bergambar pun..diorang datang minum2 kopi kat situ sambil berborak.


Nampak pulau-pulau dari atas bukit ni





Dah puas bergambar, baru kami order minum petang.. ice latte, Manggo cheesetart dan chocolate cheesetart. Sangat kecoklatan cheesetartnya. Yang manggo tu ada rasa masam-masam manis, tapi tak terlalu manis. Ok ok la kemanisannya. Lepas kupi-kupi terus kami gerak ke airport untuk hantar kakak balik KL. Cuti bulan 9 nanti, kami dah booking untuk menginap kat sini. Saja nak menghabiskan baki-baki percutian di Sabah sebelum kami berpindah balik ke semenanjung nanti. Sebelum ke Kokol Hill ni, kami akan bercuti di Ranau dahulu. InsyaAllah nanti saya akan ceritakan di blog. Kena cerita untuk catatan kenangan di sini, pasti saya akan merindui semua tempat-tempat menarik di Sabah. Sebenarnya banyak saya nak cerita, terutama kisah jalan-jalan Sabah sepanjang kami menetap di sini tapi itulah semoga ada kekuatan dan kerajinan untuk menulisnya nanti. 

Tuesday, 26 August 2025

Sunset di KK

 Assalamualaikum.. Lama xupdate blog. Semalam lepas ambil anak-anak balik sekolah terus ambil kakak ipar, dia outstation ke KK jadi kami bercadang nak bawa dia dan kawan dia tengok sunset dari rooftop Marriot Hotel. Takde charge pun, cuma bayar apa yang kita order la. Kot2la nak minum jus atau nak makan2 snek boleh la. 

View dari sini memang cantik, sebab dapat tengok bot2 nelayan dan dapat tengok kapal terbang yang nak mendarat. Kalau dapat tengok sunset yang clear tanpa awan-awan yang menutupinya memang rezeki sangat. Kadang-kadang bila awan tebal, xberapa clear, tak dapat la tengok sunset dengan jelas. 

Waktu ni dah risau, ada ke tak sunsetnya hari ni.

Memang laluan kapal terbang nak mendarat

Balik sekolah je terus tukar baju jalan. Saya siap-siap bawa baju diorang, tukar dalam kereta je sebab kalau lambat nanti jalan jem pulak.


Mana matahari ni?
Air tembikai untuk Arissa, Oren untuk Aqlan, en suami latte, xde gambar pulak

Jus nenas kegemaran saya


Pizza Chacoal


Alhamdulillah, dapat juga tengok sunset hari ni. Lepas ni tak tau lagi bila boleh tengok dari sini.

Suasana sunset di rooftop ni, ramai juga yg dtg.. pelancong pun ada.

Mentari dah menghilang, muncul pula si bulan sabit. Anak bulan Rabiul Awal.

Kat hotel ni ada surau boleh solat maghrib kat sini. View toilet dia terus nampak laut ya. Tapi kalau dah gelap, tak nampak apa dah la..hihi.

Thursday, 21 August 2025

London: Big Ben, Wesminster Abbey dll

Hari ke-4 kami di London, kami berjalan ke tempat-tempat berikut:

1. Wesminster Abby
2. Big Ben
3. London Eye
4. Imperal War Museum
5. Horse Guard Parade
6. Nelson's Column
7. Chinatown
8. Carnaby Street
9. British Museum


Kami naik tube ke Westminster. Hari ni merupakan hari terakhir kat sini, pukul 6 petang dah kena gerak ke airport sebab flight pukul 9.00mlm ke Dubai. 

5 minit lagi nak dekat pukul 11 am. Pukul 11 tepat dapat la dengar bunyi jam. 


Dulu, sebelum sampai sini membayangkan Big Ben dengan latar belakang langit yang biru, tapi nasib tak menyebelahi pula. Cuaca kat sini memang tak dapat dijangka. Kadang cerah, kadang mendung, alhamdulillah tidak hujan tu dah kira bersyukur sangat. Sebab dapat jalan-jalan, kalau hujan susah juga nak berjalan dan bergambar.


Awat pulakla nampak gemuk.. angin tiup ni kot.. haha



Lepas bergambar kat Big Ben dan London Eye dari jauh, kami sambung berjalan ke Wesminster Abby pulak. Ramai orang kat dataran ni diorang macam tengah buat demo tapi secara aman la.


Kami tak masuk pun, cuma tangkap gambar dari luar pagar. Takut tak cukup masa.




Tugu tokoh2 dunia


Luar War Museum

Horse Guard Parade

Horse Guard 

Kat Chinatown ni banyak restoran-restoran cina 


Unik betul bangunan ni, penuh pokok kat celah2 tingkap dan dinding.

Jalan-jalan area SOHO, banyak butik-butik baju 


Cuci-cuci mata

Nampak sedap tapi tak berani makan

Jalan-jalan di Carnaby Street


Orang yang tak boleh tengok bunga, mesti nak tangkap gambar..kiki

British Museum


Tengah jalan-jalan, jumpa private garden. Tempat ni berpagar. Nampak tenang je dengan kehijauan dia.


Berakhirlah sudah jalan-jalan kami di London. Sekejap je, cuma kali ni tanpa anak-anak, jadi.. banyak masa kami berjalan dan eksplore bandar sahaja. Kalau ada rezeki boleh datang lagi bawa anak-anak pula, tapi tak tahu la bila...๐Ÿ˜…

Terima Kasih Ya Allah atas Jemputan ini

  Sambungan yg semalam. Ngantuk sgt mlm td. Pagi ni sambung balik. En suami kata, kita jumpa kat Klinik MZ terus lah lepas maghrib. So, mlm ...