Sunday, 10 May 2026

Manusia merancang, Allah juga merancang

 Assalamualaikum…

Khamis lepas sebenarnya en suami ada business trip ke Tukmenistan, flight direct dr KLIA ke Tukmen menaiki Tukmen Airlines. Baliknya dia naik Emirates transit di Istanbul. Disebabkan transit di Istanbul, en suami berhasrat nak bawa aku jalan-jalan di Istanbul dan lajak sikit ke Cappadocia. Kiranya selepas habis kerja dia di Tukmen, aku fly dr KLIA ke Istanbul, then kami jumpa di Istanbul. Tiket flight, hotel dan ground travel agent di Cappadocia semua dah booking. Nak dijadikan cerita, Rabu sehari sebelum berlepas, kwn en suami ada forward nombor seorang pegawai Tabung Haji ni. Dia ckp kalau nak buat rayuan haji try la contact dia. Sambil2 meeting En suami pun try la wassap dia, bgtau yg kami suami isteri dah buat rayuan 2 kali tapi tahun ni tak dapat, boleh tak kalau dia masukkan nama kami untuk tahun depan. 

Tak lama lps tu, pegawai tu terus call semula en suami katanya ada 2 tempat kosong ni, urgent. Bakal haji tu tak fit utk teruskan haji. Rupanya dia eksiden, agak teruk juga keadaannya. Jadi, diorang tolak tawaran. Pegawai TH tu tanya en suami kalau encik dah bersedia kewangan dan menepati syarat2 yang ditetapkan, boleh dia forwardkan nama dan butir2 diri kami suami isteri untuk isi kekosongan itu. MasyaAllah.. sungguh tak terduga dengan jemputan ini. Aku doakan semoga org tadi diberi kesembuhan dan beliau dapat mengerjakan haji pada tahun depan. Syarat2 yg dimaksudkan ialah mestilah sudah mendaftar haji, dia tengok juga tahun berapa daftar, kalau baru sangat daftar xboleh juga, mesti dah pernah apply rayuan haji melalui THjari dan mestilah bersedia dengan kewangan yg mencukupi. 

Malam rabu tu, kami tunggu juga ada feedback samaada betul2 ke kami boleh dapat atau tidak, sebab surat tawaran belum keluar lagi. Haji tu pesan, esok buat dulu medical check up. Sementara nak tunggu result medical check up tu, mungkin surat tawaran sudah keluar. Dalam masa yg sama sebenarnya trip tu hampir2 cancel sebab ada prob apa ntah kat sana. En suami dh sedih memikirkan byk cost yg akan burn sekiranya trip dia tu xjadi. Yela, kami dah booking mcm2 kot. Dah plan itu ini. En suami bgtau la org kat Tukmen tu skg ni tiba2 dpt panggilan dr Tabung Haji. Kalau betul2 dapat baru dia tak pegi trip tu. Kalau xdapat, dia teruskan je la. 

Jadinya, pagi khamis tu kami pergila buat medical check up. Mulanya kami nk buat kat Klinik S ni tapi doktor kat situ cakap, kami tak boleh proceed sekiranya tiada surat tawaran haji. Ok, xpe.. Pegawai TH tu ada ckp, mmg ada klinik xboleh buat, tapi ada juga klinik yg boleh buat. Bergantung kpd budi bicara msg2. Last2 kami buat kat Klinik MZ, doktor situ kata boleh. Lepas settle medical up, kami sarapan kt kedai makan yg berhampiran. Then, pegi sekolah Adam kejap hantar baju melayu sekolah dia, bertuah punya bdk, esok nak pakai, boleh dia tinggal baju kt rumah. Lps tu kitorang pun balik rumah utk kemas2 baju en suami nk pegi trip tu. Flight dia pukul 7.15 tapi by pukul 3 dah kena gerak ke airport. Tengah kalut2 kemas kain baju, klinik tadi call cakap result medical check up dh keluar. Tapi kitorang xsempat nk pegi petang, bgtau result tu ambil esok je. 

Lebih kurang pukul 6.30ptg, masa tu en suami tengah santai2 di lounge KLIA nak tunggu boarding je tiba2 dpt panggilan dr pegawai TH, katanya surat tawaran dah keluar. Apalagi, kelam kabut la pakcik tu call sana sini, cancelkan trip dia. Alhamdulillah. Bersyukur sgt sebab bos dia sgt memahami dan benarkan dia untuk menerima panggilan haji. Luggage dia dah masuk perut kapal dan terpaksa ambil balik. Mujur semuanya lancar. Panjang pulak cerita hari ni. Sambungannya nanti aku cerita eh. 

No comments:

Post a Comment

Manusia merancang, Allah juga merancang

  Assalamualaikum… Khamis lepas sebenarnya en suami ada business trip ke Tukmenistan, flight direct dr KLIA ke Tukmen menaiki Tukmen Airline...