Monday, 24 August 2026

Aktiviti hujung minggu

Assalamualaikum...

Terpaksa buat throwback, sebab minggu lepas tak berkesempatan nak update blog.
Selasa hingga Khamis lepas, Aqlan baru selesai menduduki peperiksaan SPPIM under Ikram-Musleh (untuk rangkaian Sekolah Al-Amin). Dia cakap, soalan ok la senang, cuma tajwid la dia kata byk juga yg dia hentam.. huhu.. Tajwid byk yg masuk topik darjah 5 katanya. Aqlan baru masuk tahun 6 ni, jadi sebenarnya bykla yg dia kena cover. 

Sabtu lepas, seperti biasa pagi-pagi hantar Aqlan pegi kelas tambahan kat sekolah dia. Lepas tu beli sarapan, santai2 je cuti2 hujung minggu ni.  Sabtu Ahad ni takde plan nak melawat Aqil kat asrama sebab minggu depan dia nak balik dah. Cuma sekolah Adam, hari Ahad je boleh outing untuk minggu yang tak balik bermalam. Pagi tu dia pun ada kelas tambahan, disebabkan rumah dekat jadinya bawala juga dia outing, tapi outingnya bawa dia balik rumah je lah..hahaha..Sebelum pukul 6 kena sampai pagar asrama.

Ahad, 23 Ogos ada Program Sutera Merdeka Berselawat kat masjid taman kitorang.


Pagi Ahad tu, aku bantu AJK Helwa untuk jadi juri pertandingan mewarna. Ada 3 kategori. Kategori A (4-6 tahun), Kategori B (7-9 tahun) dan Kategori C (10-12 tahun). Aku pula juri bg Kategori B, penyertaan umur 7-9 tahun adalah yang paling ramai. 
Bersama juri kategori lain dan Lia (belah kanan sekali) PIC bg pertandingan mewarna ni. Antara lukisan peserta yang menang.

Lepas habis penyampaian hadiah bagi peserta yang menang, aku pegi ke booth pemeriksaan kesihatan. Cek berat, tinggi, tekanan darah, gula, kolesterol dan hpv. Lepas makan tengahari dengan Ajk pelaksana, bergegas nak jemput Adam kat sekolah dia. Dalam perjalanan nak ke sekolah Adam, banyak kali pula muncul tanda merah pada dashboard yang menunjukkan hot temperature. Sebenarnya sejak minggu lepas lagi, cuma tanda tu muncul bila tengah drive waktu tengahari. Kadang-kadang ada, kadang-kadang xde. Bila makin kerap ni risau la pula. Hari ni Isnin, baru sempat nak bawa kereta ke bengkel. Ahad semalam, banyak bengkel tutup. 

Masa kat bengkel tu, mekanik tu cek rupanya penutup radiator tu spring dia dah rosak. Dia tambah air dalam tu dan tukar penutup tu. Bila dia tekan minyak lama2,buka aircond lagi tanda merah tu dah xkeluar. Dia suruh pantau dulu beberapa hari ni. Kita ni mana reti sangat pasal kereta2 ni kan. Sebab en suami kerja, terpaksa la hadap kalau salah satu kereta buat hal, tukar tayar ke, servis kereta ke, basuh kereta ke..Lepas ni dah tau la sikit2 pasal kereta. 

Sementara menulis blog ni, tengah tunggu juga orang datang baiki aircond bilik Aqlan yang rosak. Sebenarnya baru tukar aircond tu, rupanya manufacturing defect, gas dia bocor. Patutla xsejuk. Arissa pula hari ni mc sebab telinga dia sakit dari malam semalam. Doktor bg antibiotik utk telinga kena titis 7 hari, 3x sehari, 2 drop setiap kali titis. Memang ada merah sikit dalam telinga dia. Tahi telinga dia jenis yang kering, berserbuk. Mungkin dia gosok2 telinga tu yang merah kot sebab keras tahi telinga dia. Okla setakat ini dulu, nak pi jemput Aqlan balik sekolah pula.

2 comments:

  1. Sibuknya aktiviti hujung minggu ye. Saya pun bab2 kereta ni kurang arif. Kalau pergi servis, pasrah je la berharap tak kena scam dgn org kedai 😅 Tapi setakat ni encik suami je yg bawak kereta atau motor pergi servis.

    ReplyDelete
  2. Seronok baca throwback aktiviti hujung minggu , penuh dengan pelbagai urusan keluarga. Semoga Arissa lekas sembuh daripada sakit telinga, dan urusan baiki aircond bilik Aqlan pun berjalan lancar. Selamat berehat

    ReplyDelete

Aktiviti hujung minggu

Assalamualaikum... Terpaksa buat throwback, sebab minggu lepas tak berkesempatan nak update blog. Selasa hingga Khamis lepas, Aqlan baru sel...