Tuesday 29 August 2017

Tadika Part II

Assalamualaikum..
Lama sungguh tak bersiaran.. tak sempat wei.. nak menguruskan anak 4 orang, kelam kabut dibuatnya.. tak dan nak menghapdet blog.. 

Dah lebih setengah tahun dah ni..kejap je dah bulan 8.. Dah nak masuk bulan September dah pun.. Tahun ni Aqil sekolah di Smart Reader Kids.. tahun lepas dah booking kat Sekolah Tadika Khalifah Bestari RM100.. kononnya kot2 la Adam dpt Al-Amin, so, Aqil boleh lah sekolah tadika under Al-Amin..senang nak hantar dan ambil.. hangus je la RM100 tu..  Pastu sekalinya Adam dapat sekolah kat Seri Abim, Sg Ramal.. so, booking la si Aqil kat tadika under ABIM juga. RM 100 juga bookingnya..

Last minute, husband aku tanya pasal silibus utk 5tahun.. cikgu tu cakap basically 5 tahun pun kebanyakan yg dtg baru first time bersekolah..mean masa 4tahun xsekolah lagi. Jadi cikgu tu cakap 5tahun ajar yang basic2 je.. kami bertukar fikiran utk cari sekolah lain untuk Aqil sebab takut Aqil bosan bila belajar yg asas. Aqil ni pada kami dia agak advance sebab dia dah sekolah sejak umur 3 tahun dan diri dia sendiri yg bersemangat utk belajar plus ingatan dia agak kuat. So, tahun ni husband target nak bagi Aqil improve BI dan nak bagi dia berkawan dengan kawan2 yang berlainan bangsa sebab plannya sekolah rendah nanti nak sekolah agama. Sekarang la masanya bagi dia kenal dan kawan yg berlainan bangsa. Nanti sekolah agama jumpa Melayu Islam sahaja.. 

So far tengok perkembangan Aqil okla kat Smart Reader ni.. ayah dia target nak Aqil pandai speaking English.. teacher dia ckp kat rumah pun kene cakap BI. Setakat sikit2 tu boleh la.. lebih dari tu serahkan pd en suami lah ye.. haha.. 

Smart Reader ni ada exam juga.. cuma dia xde la nombor2 ikut ranking.. hari tu Aqil xsempat study sangat pun..sempat baca sikit2 sebab balik kampung sblm raya.. Tawakal je lah.. Alhamdulillah Aqil boleh jawab.. semua subjek dia dpt 100%.

Masa report card day, teacher dia cakap Aqil cepat belajar dan dia boleh ajar kawan dia mana yg tak faham. Cuma Aqil kalau sentap sebab adala dia terbuat salah ke.. kene marah dgn teacher ke..terus merajuk masuk bawah meja.. mood pun terus spoil..hai.. Aqil2.. kat rumah pun sama.. ibu dah masak sangat perangai Aqil.. Harap2 tak sampai ke besar ye Aqil..

Sekolah ni bagusnya teacher akan tunggu murid2 kat tepi Papa Rich pukul 7.30am-8.00am. Teacher sendiri yg akan buka pintu kereta dan pimpin tgn murid.. pastu murid2 beratur dgn diiringi guru ke sekolah diorang yg berada di tingkat 1. Aku dgn baby dan toddler ni payah juga nk hntr ke atas.. balik sekolah pun sama.. pukul 11.50 -12.10pm camtu diorg dh tunggu.. dan hantar murid2 ke kereta.. drive thru je hantar dan amik Aqil ke sekolah.. senang utk aku yg ada anak kecik ni..

So far, aku tengok Smart Reader ni banyak improve vocab Aqil. Bagusla.. setiap hari Jumaat dan sblm school holiday mesti ada homework.. Selalunya aku suruh dia siapkan hari Jumaat jugak lepas balik sekolah supaya lepas tu dia dah tak hadap homework lg, bolehla main ke tgk tv dengan riang.. tapi kengkadang aku dh lemas sgt dia asik ngadap tv aku bg je dia buat dlm buku kerja yg beli sendiri. Mujur la dia ni mmg jenis yg sukakan cabaran.. cepat je siap kerjanya.. 

Cuma sekolah ni kurang sikit pelajaran agamanya.. cuma ada jawi, iqra' aku xsure la.. tp aku kat rumah ajar sendiri iqra' tp sejak Adam Sekolah Abim, terus tukarkan dia dgn Qiraati. Kat sekolah ni xdela solat dhuha. Tahun depan plan nak hantar Aqil sekolah islamic balik sbb fokus utama tahun ni nak dia improve English je. 

Yang aku suka Smart Reader ni, bila dia ajar vocab sekali dgn gmbar..so budak terus akan igt maksud nya. Contohnya mcm dlm gambar ni : 



Kadang2 dia akan guna perkataan lain utk benda tu, so secara tak langsung aku juga belajar.. improve vocab aku jugak..hikhik.. 
Pernah 1 kali tu, dlm homework dia aku tak tahu maksud cob siap google lg nk tau ape kebendenya.. ada gambar, tp xdpt agak sekalinya rupanya cob tu bun jagung.. adeh.. 
Manela aku tau.. 

Biasanya homework yg teacher dia bg merangkumi semua subjek yg dia belajar. Yg aku nmpak sekolah ni, bila budak dah biasa tulis.. byk homework secara tak langsung ia melatih budak pandai tulis dan bonusnya tulisan dia cantik.. 

Dah terlipat2 dah homework sheetnya.. haha



Utk yuran pulak, setiap 3 ke 4 bln sekali bayar.. dia ikut term. Bukan byr bulan2.. 

No comments:

Post a Comment

Hobi bertukar side income

  Assalamualaikum.. Sejak berhenti kerja 7 tahun yang lalu, aku mmg tak bekerja dan hanya menumpukan sepenuh perhatian pada anak-anak, suami...