Sebenarnya, percutian ni dah lama berlaku, cuma baru nak update..hihi..cerita dah basi..kuikui..
Buat kali pertama kami sekeluarga (4 org+bibik) bersama keluarga kakak ipar aku (6 org+bibik) bercuti ke JB..bercuti reramai mmg seronok..kami menginap di Bayu Marina Resort..so far tempat dia ok..selesa..
ni pemandangan dari balkoni bilik kitorg..
ni pun sama..belah yg berbeza..
Pada mulanya kami plan nak ke Legoland, tapi memandangkan cuaca tidak mengizinkan, maka kami pun berubah ke Hello Kitty Town..sebab tempat ni berbumbung, kalau hujan pun selamat, xbasah.. kalau Legoland, sah2 lencun dan rugi sbb pasti xdapat main dgn puas..
Beratur nak bayar tiket..
Harga tiket RM85 seorg dewasa..anak2 kecilku free..kalau xsilap aku, kanak2 sekolah rendah kne bayar, tp xpasti berapa..yg ni tiket untuk 2 park, boleh masuk Hello Kitty Town dan The Little Big Club
Budak yg xbiasa naik stroller..
Tempat ni sgt sesuai utk kanak2 pompuan, mcm2 ado..syok..
Layan gambar je la eh...
Main pusing2..dgn anak2 pompuan kakak ipar aku..kalau masuk 2 org dewasa dlm cawan tu mmg sempit, lagi2 kalau kaki pjg ke or obese ke..upss..
Dlm rumah Hello Kitty yg sgt cute...
tak dapat amik gambar dgn byk dlm tu, sbb aku dukung Aqil, xleh nk pgg kamera.. Adam pulak meragam nak main mainan yg pusing2 dlm cawan tu berkali2...
tp dlm tu mmg best...cantik dan sume cute2..
Gambar kt luar je dapat amik byk..huhu..
Disebabkan anak2 dah meragam, maka carilah tempat yg sesuai dgn usia mereka..budak sekecil ini, suka la main bola..mana nak layan tempat Hello Kitty yg kiut miut tu...
Setelah mood anak2 dah ok, kitorg ke tempat buat cookies plak..
Hanya warnakan biskut Hello Kitty dgn perisa coklat dan jem...Hello Kitty aku hitam, sbb nak letak coklat banyak2, baru sedap..biskut ni mmg sedap tau..
Tengok, disebabkan adam dah lapar sgt kot..xsiap warnakan pun dah bantai dulu..
Ni tempat buat rantai plak..just pilih loket mana yg suka then masukkan dlm rantai yg dah disediakan..sorang satu je boleh amik..
Ena dgn rantainya..
Athirah pun sama..
Ni kat The Little Hub..
Ni dekat Bob the Builder...
Sebenarnya byk lagi permainan kt sana, ni sebahagian shj..kalau nak tau, try la gi sana..best..
Misi menyelamatkan Hello Kitty..aku xfhm nak main permainan ni..
Itu sahaja yg dapat dikongsikan utk percutian kali ini...kiki..mcm byk sgtla percutiannya..
Semasa di JB, sempat jugakla mkn kt Banaffe Cafe yg dimiliki oleh Betty Banafe
Makanan dia boleh tahanla sedap...nyum...nyum..sekian..
No comments:
Post a Comment