Monday, 26 October 2026

Sambungan kisah Barium Swallow dan Endoscopy

Assalamualaikum..

Sambungan kisah semalam. Pada 16/10/2026 (Jumaat) aku pegi lah KPJ Damasara 2 tu untuk buat prosedur endoscopy dan xray tu. Mulanya en suami nak temankan since hari Jumaat tu dia work from home, tapi sebab sekolah Aqlan dan Arissa tutup sebab jerebu dan Adam pun semalamnya aku ambil dia kat sekolah sebab dia demam. Kesian kat anak2 kita, jerebu2 ni ramai yg tak sihat. Bila ramai pula budak2 kat rumah, en suami tak jadilah nak temankan aku, dia stay je lah kat rumah jaga diorang. Aku pun pegi je lah sorang2 ke hospital tu. Perjalanan ambil masa dalam sejam lebih sikit ikut keadaan traffik waktu tu. Malam sebelum tu, aku baca kat treads pengalaman orang yang dah pernah buat endoscopy ni. Ada yang cerita, masa dekat2 nk habis doktor buat endoscopy tu, bius dia dah mula hilang.. dia rasa macam kena rodok2 je mulut tu, sakit katanya.. seram lak. Tapi ada juga yg share, dia ok je, memang tak sedar apa-apa, tau-tau dah siap dah. Prosedur tu ambil masa dalam 10-15 minit ja. So, malam tu aku readykan mental untuk buat prosedur tu dan menerima apa jua keadaan yang bakal berlaku. 

Sebelum ni apa yang aku rasa, perasaan risau/takut yang agak teruk juga mungkin sama mcm orang yang baru disahkan mengidap apa-apa penyakit yang sukar diubati macam kanser ataupun ada tulang ikan yang tajam ke tertusuk.. Macam-macam la yang aku fikir. Betul ke ada benda tersekat kat esofagus? Serius mmg risau. Hari tu aku kena admit day care la kiranya kat hospital tu. Nurse suruh tukar baju yang ikat kat belakang tu, dia kata maafla puan kita xde pakaian yg muslimah, cuma saya boleh bagi baju ward untuk tutup bahagian belakang. Mungkin dia nampak aku pakai tudung labuh sikit kot. Lepas tu staff nurse datang untuk ambil darah dan buat port untuk diorang masukkan ubat bius tu nanti. Kemudian diorang tolak aku masuk ke bilik endoscopy. Mula-mula diorang letakkan macam corong kat mulut then diorang sembur cecair apa ntah kat dalam mulut, mmg rasa dia tak sedaplah.. mungkin bius kot. Lepas tu diorang bgtau, kejap lagi sy bagi ubat bius tau puan.. Doktor pun dah ready. Lepas tu aku tak sedar apa-apa dah. Sedar-sedar je, puan dah siap dah.. aku masih mamai-mamai lagi, diorang terus tolak aku ke ward semula. Diorang ada bg ubat untuk bg aku sedar cepat sebab lepas tu nak buat xray pulak.  


Lebih kurang macam ni la prosedurnya, amik gambar kat google. Kena baring mengiring macamtu.

Lepas aku dah sedar sepenuhnya, staff nurse tolak aku dengan wheel chair ke department radiology pulak.  Larutan tu sangat pekat, likat dan legap. Perisa vanilla. So, kalau telan tu dalam x-ray akan nampak la contrastnya. Minum, tahan dalam mulut, bila radiologist tu kata telan, baru telan. Pastu ulang lagi. Sebab nak tangkap gambar bhgn depan dan bahagian sisi. Lepas tu, settle. Alhamdulillah segalanya telah dipermudahkan oleh Allah. 

Kemudian, naik ward semula. Makan tengahari dah disediakan. So makan dulu. Lepas siap makan doktor akan datang bg review. Lama juga nak tunggu doktor sampai. Katil sebelah (dihalang dengan langsir) doktor dia dah sampai, aku dengar je la sebab dekat kan. Pesanan doktor tu pada pesakit. Apa perlu makan, apa yang perlu dikurangkan. Tak lama lepas tu, baru doktor aku sampai. Doktor bgtau masa dia buat endoscopy tu kat aku, dia kata aku mcm menolak2. Tapi memang aku tak sedar apa2 time tu. hehe. Dia cakap, so far xde apa sebenarnya yang tersangkut atau terlekat kat esofagus aku. Alhamdulillah. Lega sangat mendengarnya. Cuma bahagian yang nak ke perut tu ada titik-titik merah, mungkin ada sedikit gastrik. Bila doktor tengok x-ray aku pula, dia kata memang ada sedikit penyempitan kat salur esofagus tu. Mungkin sebab tu aku rasa tersekat sesuatu kot. Nasib baik bukan reflux. Doktor bagi 2 jenis ubat kena makan dlm sebulan ni. Nanti 29/10/26 kena datang lagi untuk follow-up.  


Dapatla makan makanan hospital hari tu, petang tu dah boleh drive balik. Alhamdulillah tak ada apa yang perlu dirisaukan. Kena jaga makan, kunyah 40 kali baru telan. Makan jangan sambil tengok phone. Tumpukan makan supaya otak dapat signal kenyang dengan sempurna. Banyak pengajaran yg aku dapat. Nak tunjuk hasil endoscopy tu, tapi takut korang geli pulak menengoknya. Jadi, tak payah lah ye. hehe. Terima kasih korang kerana sudi membaca pengalaman kerisauan aku yang tak terperi ini..

Sunday, 25 October 2026

Risau sangat bila rasa mcm tercekik sesuatu

Assalamualaikum..

Lamanya tak menulis di sini. Semua media sosial dah lama membeku..hehe. Hari ni tergerak hati nak cerita, untuk kenangan. Beberapa minggu yang lalu, ada rasa yang tak selesa kat esofagus. Macam rasa tersekat sesuatu, nak kata tercekik tulang ikan atau ayam. Mungkin ya, mungkin tidak. Tapi itulah lama betul nak ambil keputusan untuk jumpa doktor. Bila minum, tak boleh nak telan air banyak2, mesti telan sikit2 baru boleh..kalau tak rasa nak tersedak. Aku sebenarnya paling takut..paling risau bila tercekik atau tersedak. Sebab ada wife sepupu husband, meninggal dunia sebab tersedak boba, boba tu tersekat kat salur pernafasan dia. Mungkin dah suratan ajal dia waktu tu. Tapi seriau la kan. Tahun lps suami kawan pula tercekik tulang ikan, lambat dirawat. Dia kerap demam-deman, rupanya kecederaan akibat tersangkut tulang ikan tu menyebabkan infection, akibatnya dia tak dapat diselamatkan lagi. Kalau tak silap aku, esofagus dia bocor, makanan dah merebak ke luar saluran esofagus tu.

Sebab tu aku sangat risau kalau tercekik atau tersedak.. Dulu masa kecik-kecik selalu juga tercekik sayur kangkung, sampai sekarang tak berapa nak sentuh kangkung. Bulan Ramadhan tahun lepas, masa berbuka puasa kat surau, ada lauk sotong. Sotong tu agak liat.. Tengah menyembang2 dengan kawan-kawan, sekalinya nk tercekik sotong tu, tak terkunyah. Jadi panjang gitu. Masa tu dah cuak giler, aku tarik dengan jari. Mujur boleh tarik keluar.. aduss.. seriau betul la. 

Ha.. sambung balik kerisauan aku beberapa minggu ni. Bila makan, terasa lambat betul makanan tu nak turun ke perut. Rasa tersekat kat esofagus. Mula la macam-macam fikir..sampaikan bila lepas makan je, tetiba rasa struggle sangat nak bernafas, badan tiba2 rasa sejuk dan jantung pun mcm laju je berdegup. Macam kena anxiety pula.. Hari Sabtu (10/10/26) aku call adik aku, Jannah, cerita pasal ni. Dia pun cakap better pergi la jumpa doktor. So, Isnin tu (12/10/26) aku pegi la Klinik Pakar ENT, dengan harapan doktor tu boleh la cek kat tekak aku ada ke tersangkut apa2..Tapi, kena buat appoinment dulu. Selasa (13/10/26) pukul 11.30am baru dapat jumpa doktor. 

Selasa tu, aku pun pegi la klinik tu lagi. Allah je tau betapa cuaknya aku ketika itu. Walaupun doktor bg sembur bius, tapi saat doktor nak masukkan endoskop tu, aku mcm menolak2 tangan doktor tu sebab teramat takut. Tapi menurut doktor tu, xde nampak apa2 yang tersekat kat kerongkong. Cuma disebabkan aku terlalu takut, risau kot2 ada benda yang tersekat bawah sikit dari kerongkong, doktor tu ambil keputusan untuk refer aku ke KPJ Kajang untuk buat barium swallow test. 

First time la aku dengar nama test tu. Barium swallow test ni dia guna non-invasive x-ray guna larutan kapur yang mengandungi barium sulfate untuk memeriksa bahagian atas gastrointestinal tract termasuk tekak, esofagus dan perut. Sebab aku kan bgtau yg aku rasa susah nak menelan. So, ujian tu untuk diagnose 

1) dysphagia (susah menelan) - throat spasms

2) Gastroesophageal reflux disease (GERD) atau chronic heartburn

3) Hiatal hernias (bila berlaku sebahagian perut tertolak ke atas dada)

4) Strictures atau peyempitan saluran esofagus

5) Ulcer, polyps, diverticular or tumors in the upper digestive tract (ni paling risau kalau ada)

Masa tu aku bgtau husband macammana ni, kena pegi ke..takutnya.. husband bgtau pegi klinik panel dulu, minta dia refer ke hosp yang kita nak pegi. At least panel husband boleh cover bayaran tu. Betul juga kan..kenapa la aku tak terfikir nak pegi klinik panel dulu sebelum pi klinik pakar ENT ni. Dah kena bayar  RM60. xpela, at least xde la risau sbb dh tau xde apa tersangkut kat tekak. Lepas tu terus aku bergegas ke klinik panel yang selalu aku dan family pegi tu. 

Doktor india tu sangatlah baik, berusaha dia tenangkan aku. Aku cerita la kat dia semua masalah aku, semua kerisauan aku pun dia catat. Dia siap suruh aku beristighfar, berselawat lagi supaya aku tenang. Part tu yg aku nak tergelak..haha..Bagus betul dia ingatkan aku walaupun dia bukan/belum muslim.. Tetiba teringat masa nak bersalinkan Adam dulu, nurse India tu pun suruh aku beristighfar banyak2..haha..

Akhirnya dapatla tarikh appoinment aku hari Rabu 14/10/2026 kat KPJ Damansara 2. Kalau kat hospital lain lambat sangat tarikhnya. Yg tu je yg paling awal dan doktor pun perempuan. Tiba hari Rabu tu, doktor yang aku jumpa tu sangatlah baik dan memahami kerisauan aku. Doktor tu plan untuk aku buat barium swallow dan endoscopy (kamera kecil dimasukkan ke dalam mulut sehingga ke perut). Aduii..seramnya.. Dia kata ok je, kita bagi bius (memang tak sedar masa prosedur tu). Lega sikit aku dengar tapi still takut juga. Tarikh untuk buat prosedur tu 16/10/2026 (Jumaat). Nanti aku sambung semula. Macam panjang sangat la pula.. 

Thursday, 1 October 2026

Kakak Aisyah dapat Dentistry USIM

 Assalamualaikum.. Lama tak bersiaran..Rupanya last entry 24 Ogos.. Hari ni dah 1 Oktober dah. Throwback 15 September yang lalu. Alhamdulillah Kakak Aisyah, dapat sambung belajar dalam dentistry di USIM. Maka tercapailah hasrat dan impian Kakak untuk meneruskan legasi dan perjuangan arwah umminya. Aku dan kakak sulung (Kak Yan) turut serta hantar dia masa hari pendaftaran. Sehari sebelum tu, aku temankan dia beli barang-barang keperluan untuk masuk belajar. 

Pagi sebelum ke USIM tu, kami nak ke kubur arwah Kak Lin dulu. Kak Yan jemput aku kat rumah kemudian kami terus jumpa mereka di kubur. Rasa sekejap je dah 6 bulan Kak Lin pergi meninggalkan kami. Banyak kubur baru yang bertambah kat situ. Dah semakin jauh dengan kubur Kak Lin. Hari kami melawat kubur tu, kebetulan ada 1 jenazah yang baru nak dikebumikan. Rasa insaf betul bila ada kematian ni. Kadang terfikir, cukup ke bekalan kita nak bawa ke sana nanti. Kematian tak mengenal usia. 



Subur betul pokok bunga kat kubur orang lain ni. 

Selepas baca Yasin dan doa buat arwah Kak Lin. Untungnya Kak Lin, anak-anak dan suaminya kerap melawat dia di kubur. 


Teringat saat-saat Kakak Aisyah masa nak exam akhir sem hari tu, iaitu sebelum aku berangkat menunaikan haji. Menangis2 dia sebab tak dapat study, teringat kat arwah ummi. Sebaknya aku ketika itu. Aku pun rasa kehilangan, dia apatah lagi. Kehilangan ibu lagila sedih. Dia selalu cakap, adakah ummi pergi terlalu cepat, atau Kakak yang lambat sangat nk habiskan belajar. Aku cakapla kat dia, Allah bg ujian ni sebab nak Kakak jadi kuat. Rasullullah pun, paling banyak ujiannya. Perjalanan Kakak masih jauh lagi, sepanjang perjalanan ni mungkin ada lagi ujian yang Allah nak bagi, tapi bila kita kuat, InsyaAllah semuanya kita boleh hadapi.


Semoga Kakak Aisyah dapat belajar bersungguh-sungguh ya.

Monday, 24 August 2026

Aktiviti hujung minggu

Assalamualaikum...

Terpaksa buat throwback, sebab minggu lepas tak berkesempatan nak update blog.
Selasa hingga Khamis lepas, Aqlan baru selesai menduduki peperiksaan SPPIM under Ikram-Musleh (untuk rangkaian Sekolah Al-Amin). Dia cakap, soalan ok la senang, cuma tajwid la dia kata byk juga yg dia hentam.. huhu.. Tajwid byk yg masuk topik darjah 5 katanya. Aqlan baru masuk tahun 6 ni, jadi sebenarnya bykla yg dia kena cover. 

Sabtu lepas, seperti biasa pagi-pagi hantar Aqlan pegi kelas tambahan kat sekolah dia. Lepas tu beli sarapan, santai2 je cuti2 hujung minggu ni.  Sabtu Ahad ni takde plan nak melawat Aqil kat asrama sebab minggu depan dia nak balik dah. Cuma sekolah Adam, hari Ahad je boleh outing untuk minggu yang tak balik bermalam. Pagi tu dia pun ada kelas tambahan, disebabkan rumah dekat jadinya bawala juga dia outing, tapi outingnya bawa dia balik rumah je lah..hahaha..Sebelum pukul 6 kena sampai pagar asrama.

Ahad, 23 Ogos ada Program Sutera Merdeka Berselawat kat masjid taman kitorang.


Pagi Ahad tu, aku bantu AJK Helwa untuk jadi juri pertandingan mewarna. Ada 3 kategori. Kategori A (4-6 tahun), Kategori B (7-9 tahun) dan Kategori C (10-12 tahun). Aku pula juri bg Kategori B, penyertaan umur 7-9 tahun adalah yang paling ramai. 
Bersama juri kategori lain dan Lia (belah kanan sekali) PIC bg pertandingan mewarna ni. Antara lukisan peserta yang menang.

Lepas habis penyampaian hadiah bagi peserta yang menang, aku pegi ke booth pemeriksaan kesihatan. Cek berat, tinggi, tekanan darah, gula, kolesterol dan hpv. Lepas makan tengahari dengan Ajk pelaksana, bergegas nak jemput Adam kat sekolah dia. Dalam perjalanan nak ke sekolah Adam, banyak kali pula muncul tanda merah pada dashboard yang menunjukkan hot temperature. Sebenarnya sejak minggu lepas lagi, cuma tanda tu muncul bila tengah drive waktu tengahari. Kadang-kadang ada, kadang-kadang xde. Bila makin kerap ni risau la pula. Hari ni Isnin, baru sempat nak bawa kereta ke bengkel. Ahad semalam, banyak bengkel tutup. 

Masa kat bengkel tu, mekanik tu cek rupanya penutup radiator tu spring dia dah rosak. Dia tambah air dalam tu dan tukar penutup tu. Bila dia tekan minyak lama2,buka aircond lagi tanda merah tu dah xkeluar. Dia suruh pantau dulu beberapa hari ni. Kita ni mana reti sangat pasal kereta2 ni kan. Sebab en suami kerja, terpaksa la hadap kalau salah satu kereta buat hal, tukar tayar ke, servis kereta ke, basuh kereta ke..Lepas ni dah tau la sikit2 pasal kereta. 

Sementara menulis blog ni, tengah tunggu juga orang datang baiki aircond bilik Aqlan yang rosak. Sebenarnya baru tukar aircond tu, rupanya manufacturing defect, gas dia bocor. Patutla xsejuk. Arissa pula hari ni mc sebab telinga dia sakit dari malam semalam. Doktor bg antibiotik utk telinga kena titis 7 hari, 3x sehari, 2 drop setiap kali titis. Memang ada merah sikit dalam telinga dia. Tahi telinga dia jenis yang kering, berserbuk. Mungkin dia gosok2 telinga tu yang merah kot sebab keras tahi telinga dia. Okla setakat ini dulu, nak pi jemput Aqlan balik sekolah pula.

Tuesday, 18 August 2026

Cerita MC anak-anak

 Assalamualaikum..

Dah lama tak bersiaran. 2 minggu lepas, Adam dapat mc 5 hari, Rabu-Ahad sebab dia kena scabies. Sebelum ni masa bulan 2, budak dorm dia ramai2 yang kena, tapi dia tak kena. Tapi sebab dah duduk sebilik semua ahli bilik kena kuarantin boleh balik rumah. Tapi kali ni dia yg terkena pula. Minggu lepas, Aqil pula mc. Rabu-Ahad, dia sepatutnya sedang mengikuti aktiviti perkhemahan anjuran sekolah. Kawasan perkhemahan tu memang kawasan hutan, jalan nak ke tandas tu gelap waktu malam dan  banyak pokok2 yang menjalar2 dan ada pokok yang dipangkas tapi mungkin tak betul2 diclearkan dgn baik, jadinya.. nak dijadikan cerita, kaki Aqil terkena kayu yang terjulur2 tu. Bahagian kuku tercucuk kayu..aduss.. Kuku kaki dia terpaksa dibuang. Ngeri pulak rasa. Minggu lepas meriah la anak2 semua berkumpul di rumah. Memang kebetulan minggu lepas, sekolah Adam dan Aqil balik bermalam. Cuma Aqil lama sikit la duduk kt rumah. Semoga cepat sembuh kaki Aqil tu. 


Tuesday, 4 August 2026

Korang Dah Try ke OTR CBTL yang viral tu?

 Assalamualaikum..

Throwback 30/7/2026 Khamis yang lalu. Hari ni macam-macam urusan nak buat. Aku pegi Cimb bank sebab nak tukar debit card yang dah nak dekat expired. Sekejap je pun urusannya. Alhamdulillah tak ramai orang. Dah alang-alang dekat dengan Coffee Bean Tea Leaf, terasa nak try la coffee bean OTR yang viral tu. Jarang sebenarnya nak ikut trend tapi sebab dia asik lalu2 je kat threads, jadi dah teracun nak cuba sekali..haha.. Sejak umur 40 tahun ni la baru try minum kopi. Kalau dulu memang tak minum. Faktor umur kot. Masa kat Sabah dulu, mesti nak minum kopi, kononnya nak bagi rasa bersemangat nak buat kerja rumah.. Masa tu suka dengan Old Town White Coffee yang classic. Tau 3 in 1 ni tak bagus untuk kesihatan, tapi sebab rasa dia sedap minum juga. 😅Lepas tu bila dah balik ke semenanjung, beli la juga Old Town White Coffee tu, tapi pelik kenapa rasa dia tak sama dah macam dulu. Xde Ummphh dah.. Terus stop beli kopi tu. Mungkin bagus juga la rasa dia dah tak sesedap dulu, maknanya memang kena stop terus la 3 in 1 ni.

Berbalik kepada Coffee Bean & Tea Leaf tadi, aku try yang ni.


Ada orang kata sedap, tapi ada juga orang kata xsedap. Ntah la, lain org lain kan deria rasanya. Bagi aku sedap je, lemak berkrim. 


Next time boleh try perisa lain pula.. Cuma xtau la bila, xboleh kerap sangat. Disebabkan minum ni la, malam tu aku tak boleh nak lelap mata.. Segar je.. haha. Tak boleh jadi ni, tau tak tidur malam tu adalah suatu nikmat.


 


Disebabkan post ni la aku teracun..hahaha.. Korang dah try ke? 

Thursday, 30 July 2026

Pokok Ros Anne Sophie Pic

 Pokok ros id Anne Sophie Pic meriah kali ini. Seronok tengok dia keluarkan banyak bunga. Sebenarnya pokok-pokok ros yang lain sedang berjuang melawan serangan thrips. Ni pun dah berapa hari sembur cuka kayu pada kudup bunganya. Rasanya pokok2 yang agak kritikal ni kena asingkan sementaralah. Kadang dah keluar tunas baru tapi beberapa hari lepas tu tunas tu berwarna kehitaman. Sedih rasa. Memang kena buat sesuatu ni. 

Ni gambar Sabtu lepas, bunga baru nak start berkembang

Ni gambar Ahad lepas, bunga dah berkembang

Ni gambar bunga hari Isnin. Bunga yang atas sekali tu, macam ada coklat2 kekeringan, itu kerja thrips la tu.

Sambungan kisah Barium Swallow dan Endoscopy

Assalamualaikum.. Sambungan kisah semalam. Pada 16/10/2026 (Jumaat) aku pegi lah KPJ Damasara 2 tu untuk buat prosedur endoscopy dan xray tu...