Tuesday, 23 September 2025

Ranau ke Kokol Hill, singgah Bataras Kolombong

Balik dari Ranau hari tu, cuaca di Ranau-Kundasang ok, cerah.. matahari bersinar dengan terang. Tapi cuaca di KK hujan. Tak sempat nak singgah Kundasang, jalan jem betul dari Ranau ke Kundasang, cuti sekolah kan..memang ramai orang yang datang bercuti di Kundasang. Disebabkan kami dah beberapa kali ke Kundasang, kali ni tak pegi la, dari Ranau terus ke Kokol Hill, tapi sebelum sampai di Kokol Hill, kami singgah di Bataras Kolombong untuk late lunch+dinner di Kongfu Mee (Chinese Muslim Food). Waktu tu cuaca hujan gerimis yang berterusan. 

Adam dan Arissa pilih Rice BBQ Chicken

En suami pilih Fried Touxiou Mian, besar portionnya.. separuh letak ke pinggan kosong.. mana tau kalau tak habis boleh tapaw..tak pun dia bagi kat anak-anak lelaki suruh habiskan, makan sorang sikit. Last2 memang sorang sikit kena paksa makan. 😂

Aqlan pilih Ramen BBQ Chicken

Saya pilih Braised Beef Noodle

Aqil pula pilih Soup Touxiao Mian

Lepas makan, kami meneruskan perjalanan ke Kokol Hill. Hari dah gelap dan cuaca masih lagi gerimis. Jalan dia pada kami masih ok, tak terlalu curam. Sebelum ke sini, ada juga kawan-kawan bagitau yang kawasan ni jalan dia agak curam. Mungkin hotel yang atas lagi dari yang ni kot. Sesampai sahaja kami di Kokol Haven Resort, gelap semacam je suasananya. Rupanya takde elektrik. Tak lama, sekejap je..lepas tu dah ada balik. Alhamdulillah. Ingatkan kalau masih lagi tiada elektrik, kami nak balik rumah je. Tak jadi nak menginap di sini. 

Pada mulanya encik suami booking bilik yang atas, bilik yang menghadap Gunung Kinabalu. Tapi reception kata, bilik tu bocor dan angin agak kuat, so dia upgrade bilik kami ke bilik yang menghadap laut. Bilik ni lebih besar daripada yang telah dibooking tu. Kami booking 2 bilik. Bahagian beranda dia boleh connecting ke bilik sebelah. Anak-anak lelaki bilik sebelah. Saya, en suami dan Arissa  bilik yang satu lagi.

Cuaca pada pukul 10.55am, alhamdulillah tak hujan dah..

Pemandangan dari balkoni




Kolam Air Panas Poring

Hari kedua baru kami berpeluang untuk mandi di kolam air panas. Kolam kat sini ada 4 jenis. Kolam air panas terbuka, kolam air panas tertutup, kolam rekreasi dan Rock Pool.  Kolam rekreasi dan Rock Pool tu air dia sejuk, sesejuk air gunung. Kami ambil kolam air panas yang jenis tertutup. Jenis tertutup pula ada 2 jenis, satu tu sejam RM35 dan satu lagi RM25 sejam. Kami amik yang RM35 sejam. Kolam dia jenis macam kat gambar bawah ni. Boleh masuk ramai orang. 4 orang la kalau saiz budak macam ni. Jenis yang lagi satu tu, lupa pula nak amik gambar. Tapi boleh masuk kurang sikit orang. Dia ada dua paip, satu paip air panas, satu lagi air gunung. Kalau la tak tahan kepanasannya boleh seimbangkan dengan mengisi air gunung. 


Kolam air panas tertutup yang ni nama bilik dia Raflesia. Tandas dan shower ada dalam ni. Boleh terus bersiap lepas habis mandi. Senang sebab tak bercampur dengan orang lain. 

Tempat letak selipar, dan ruang menunggu. Tempat letak baju kering, lepas mandi boleh bersiap kat sini.

Pemandangan dari balkoni bilik kolam air panas, laluan nak ke arah Taman Rama-rama, Kanopy Walk dan hiking ke air terjun Kipungit dan air terjun Langanan.



Kolam air panas terbuka

Kolam ni bau sulfur dia sangat kuat, xde orang mandi kat sini, untuk dilihat sahaja.

Lepas kami berendam dalam kolam air panas dan bersiap, kami bergambar di Kebun Etnobotani.


Ala-ala hobbit house


Nak balik baru tangkap gambar ni, semalamnya lalu sini lepas balik dari hiking, ramai pulak orang bergambar kat sini. Lepas ni tak tau lagi bila akan ke sini lagi.. Bye..bye Poring..

Sunday, 21 September 2025

Menginap di Sutera Sanctuary Lodges @ Poring Hot Spring

Bertolak dari KK lepas zohor, sebelum tu kami brunch di Kudat Sup Ikan. Jalan memang jem terutamanya area Tuaran. En suami ikut waze, ikut jalan dalam tembus area Tamparuli. Dari Tamparuli ke Ranau tak jem. Lancar je jalannya. Cuma kenderaan dari arah bertentangan yang banyak. 

Kami sampai ke tempat penginapan waktu tu dah malam. Sampai kat reception, diorang bagitau la tempat mana yg boleh masuk, nak bayar kat mana. Tiket masuk hari tu saya bayar waktu pagi keesokan harinya. Malam waktu kitorang sampai tu dah xde orang jaga. Harga tiket RM 10 untuk dewasa, RM 5 untuk remaja 13-17 tahun, parking RM5. Kanak-kanak free. So, kami bayar 2 dewasa, 2 remaja dan parking sahaja RM35. Untuk yang menginap kt dalam tu, tiket tu boleh guna utk 3 hari, nak masuk kat Kinabalu Park pun boleh, guna tiket yang sama. Tapi kami tak pegi pun Kinabalu Park tu sebab tak cukup masa, nak gerak balik dah. 

Kami menginap kat Seraya 1. Bilik yang Seraya 2 tu paling besar. 

Bahagian depan bilik Seraya 1

Pintu hadapan bilik

Ada disediakan payung

Cermin ni saling berhadapan kiranya dari pintu masuk, kiri kanan ada cermin ni.

Cantik decoration biliknya

Katil king

Belakang kerusi tu kitorang tambah 2 lagi tilam utk anak-anak lelaki, kongsi 3 orang.

Tilam kat belakang tu. 

Pokok2 setiap pasu tu yang original tau.. menarik juga.. 

Besar sikit fridge dia dari saiz yang biasa kat hotel2 tu.

Ruang lepak minum kopi

Day bed.. suka tengok side table dia..

Ruang bilik air dia sangatla luas.

Shower dan tandas ada tirai

Bahagian sinki dan tempai sidai tuala

Kat luar banyak pokok orkid hutan.. dalam bilik diorang petik ni buat hiasan kat pasu

Hiasan orkid dalam pasu. Paip tu air filter, boleh minum terus. 

Belakang bilik ada pokok yang unik. Penuh bunga purple. Belakang tu lupa nak snap gambar, ada meja kerusi untuk lepak2.. Dengar bunyi deruan air sungai dan air terjun. 

Deras juga airnya

Sungai

Thursday, 18 September 2025

Air Terjun Langanan di Poring Hot Spring

Assalamualaikum..

Cuti sekolah kali ni, kami ke Hot Spring Poring, Ranau. Mungkin ini merupakan percutian terakhir kami di Borneo..huhu.. sedih la pulak nak meninggalkan bumi Sabah ni. Banyak lagi tempat yang belum kami pergi. Bunga Raffelsia pun belum tengok lagi.

Kami menginap di Sutera Sanctuary Lodges @ Poring Hot Spring selama 3 hari 2 malam. Kali ni kami nak cuba menjelajah air terjun dan mandi di kolam air panas yang terdapat di sini. Ada 2 air terjun. Yang pertama, Air Terjun Kipungit dan yang kedua Air Terjun Langanan.

Sebelum ni kami pernah datang sini 2 tahun lepas dengan family belah saya. Waktu tu kami pergi ke Canopi Walk sahaja. Mandi air panas pun tak. Kali ni Canopi Walk tutup untuk penyelenggaraan. So, kami nk try ke Air Terjun Langanan pula. Jarak dia lebih kurang 4km. 


Mari memulakan pendakian, Arissa memang berkepit je dengan ayah dia sebab kalau dengan saya nanti dia banyak songeh. hihi.. Biar ayah dia yang settlekan. Ibu boleh jalan dengan tenang. Adam, Aqil dan Aqlan memang laju je diorang, jauh meninggalkan kami di belakang. 


Masa ni tak tau lagi betapa mencabarnya jalan yang bakal kami lalui, maklumlah kami ni jarang hiking. Pengalaman yang sangat bermakna bagi kami. 

Kawasan ni biasanya ramai pengunjung bermandi-manda, sebab air terjun ni lah yang paling dekat. Tak jauh nak berjalan. Tapi kami singgah sini sekejap je, just tangkap2 gambar pastu terus meneruskan perjalanan. 


Air terjun Kipungit ni masih sama macam 20 tahun lebih yang lalu kakak sulung saya pernah pergi masa dia mengajar kat Ranau suatu ketika dulu. 


Kena merentas sungai untuk ke seberang dan perjalanan harus diteruskan.


Kami mengambil masa selama 2 jam setengah untuk pergi dan 2 jam 15 minit untuk balik. Cuaca ketika pergi baik, cerah.. tapi bila nak dekat sampai air terjun Langanan tu dah start hujan rintik-rintik. Kejap berhenti kejap rintik-rintik. Baliknya pula, hujan dah semakin lebat, baju pun basah. Jalan licin, banyak kali la menggelongsor. hehe.. Mujur la ada beberapa pendaki lain yang tolong memimpin tangan saya bila saya nak tergelincir. Baiknya diorang. Kasut saya tak berapa sesuai untuk mendaki. Persediaan diorang memang lengkap la nak mendaki berbanding kami yang masih amatur ni. Diorang kebanyakannya pakai kasut yang khas untuk hiking, ada gerigi dan lebih cengkam. Patutla diorang steady je jalan kat jalan yang berlumpur dan berlecak.. laju-laju lagi. 


Kawasan gua kelawar, manusia tak boleh masuk..hanya kelawar sahaja. hehe.


Merentas sungai kedua

Kakak sulung ada tanya, ada jumpa pacat tak. Saya cakap tak. Cuma Aqil dan encik suami je yang kena. Dalam perjalanan tu jumpa cendawan. Comel. 

Sudah 3 km berjalan dan mendaki. Masa pergi haus, air pun dah tinggal sikit. Tapi masa balik tak minum pun. Mungkin sebab hujan dan menurun bukit jadi tak terasa terlalu haus.


Seterusnya dah 3.5km, lagi sikit nak sampai. 


Cantik pula sawang labah-labah ni. 


Akhirnya, alhamdulillah sampai juga ke air terjun Langanan ni. MasyaAllah tinggi betul air terjunnya. Berbaloi juga 4km mendaki. Tak pernah-pernah sejauh ini kakiku mendaki. Takde pun orang mandi kat sini. Cuma ramai bergambar dan berehat2 setelah penat mendaki.

Dua-tiga hari lepas hiking tu, kaki ni sakit betul. Nak melangkah pun payah. Apatah lagi nak naik tangga. Saya urut-urut sendiri je kaki ni dengan minyak gamat. Saya tanya anak-anak. Korang tak lenguh kaki ke? Diorang jawab tak. Nampak sangat saya dan en suami dah meningkat umur, cepat rasa lenguh. Budak2 muda bergagah lagi. Okeylah nanti saya sambung pasal tempat penginapan kami dan hari kedua kami buat apa pula k. Jumpa lagi.

Tuna Corn Mayo Bread

Assalamualaikum.. Sekarang ni hujung minggu dah free. Kalau tak sebelum ni sibuk nak hantar dan ambil Adam ke pusat tuisyen. Dalam stok maka...