Semalam Aqil call dlm pukul 9.00am lebih, terkejut juga aku dia call time2 camtu. Rupanya Pahang cuti Hari Hol. Seronok la dia tak sekolah. Dapat study lebih sikit la utk exam next harinya. Dia cerita baldi yang hilang masa cuti sekolah hari tu dah jumpa balik. Alhamdulillah. Dia cerita lagi kat asrama dia ada burung hantu datang, lepas tu pegi, beberapa hari lepas tu dia datang balik. Dia kata, burung hantu tu boleh pusing kepala 360 darjah.. oh..aku pun tak tau.. Aku cerita kat husband, dia cakap yeke boleh pusing? Aku search dlm google katanya kepala burung hantu boleh pusing 270 darjah. Aku cakap, bestla dapat tengok burung hantu real. Dia suruh bgtau Arissa, Tia datang jumpa Aqil.. Sebelum Aqil masuk asrama, Aqil lah yg selalu menyakat Arissa, sorokkan anak patung Tia, berkejar2lah diorang dalam rumah yang tak berapa luas tu..haha..
Inilah Tia yang sangat Arissa sayang, hadiah birthday yang ke-3 dari Mami dan encemIngat lagi masa beberapa hari lepas Aqil masuk asrama, sunyi betul rumah. Aqlan dan Arissa je tinggal. Aqlan cakap, sunyinya rumah ni.. mcm dh xde orang.. yela, kalau tak riuh juga dengar diorang gaduh2, sakat menyakat, jerit2.. macamtu lah.. lagi 2 tahun, tinggal la Arissa seorang.. itupun kalau Aqlan dapat masuk asrama.. Aku cakap kat Aqlan, kalau betul2 nak masuk asrama kena study betul2 dari sekarang, kena pandai berdikari, pandai gosok baju, mandi dan gosok gigi bersih2, kena pandai jaga barang, pandai kemas katil, pandai basuh baju dan susun buku elok2.. jangan buku sekolah kejap kat atas katil, kejap kat atas meja, kejap kat depan rak buku.. bukan nk simpan balik kat rak semula.. haish..geram je rasa.. ada 2 tahun lagi nak train Aqlan jadi berdisiplin ni. Arissa awal2 lagi cakap dia tak nak masuk asrama sebab nk duduk dgn ibu.. hehe.. tak tau la tu.. dia byk tahun lagi nak buat keputusannya pun...
Petang semalam Adam pulak call, dia cakap kalkulator dia yg hilang dah jumpa, masalahnya sarung dgn kalkulator tu jumpa tempat yg berlainan, satu kat sekolah, satu kat asrama.. pelik betul. Adam pulak tak tau la nak cakap memang dia careless atau apa, barang dia selalu hilang.. pernah dulu hilang 1 beg sekolah (dalam tu ada buku teks, buku kerja, buku latihan, buku nota, kalkulator), berminggu2 juga hilangnya dah la dia exam math tanpa menggunakan kalkulator.. lps dah habis exam baru dia bgtau yg beg dia hilang.. aku siap beli lagi buku teks baru sebab nanti mesti kena ganti yg sekolah punya kan.. byk pula tu..beli juga kalkulator, beg sekolah yg baru..alhamdulillah jumpa semula beg dia.. tapi itulah berminggu2, baru jumpa balik..kalkulator yg baru tu aku lekat la nama Aqlan, so kalau dh jumpa balik kalkulator dia, kira kalkulator baru tu Aqlan punyalah nanti.. Adam pernah juga hilang kasut sekolah, selipar, baldi, gayung, baju sekolah..haih byk pulak kalau nk listkan. Kadang jumpa semula, kadang misteri tanpa jejak..
xpelah macamtu lah kot asam garam kehidupan di asrama, sekolah apapun, kat mana2 pun sama sahaja. dah macam lari tajuk pulak hari ni..haha..
Meriahnya kalau berada di tengah-tengah keriuhan anak-anak. Apabila berjauhan rindu jadi teman setia. Kisah Tia yang hilang, teringat saya Firdaus pernah tertinggal bantal busuknya di tempat menunggu untuk masuk kapalterbang di Kota Kinabalu. Dah duduk dalam pesawat, kelam-kabut cari bantalnya. Nasib baik pramugara izinkan kami keluar cari dan jumpa semula. Tak terbayang tanpa bantal busuknya macamanalah budak tu nak tidur malam.
ReplyDelete