Monday, 15 December 2025

Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid

 Assalamualaikum

Khamis lepas 11/12/25 merupakan Majlis Anugerah Kecemerlangan sekolah Aqlan dan Arissa. Alhamdulillah Aqlan dapat 2 anugerah matapelajaran terbaik iaitu Feqah dan Tajwid, manakala Arissa pula dapat 1 anugerah matapelajaran terbaik iaitu Bahasa Arab. Walaupun diorang tak dapat tempat pertama hingga ketiga, tapi dapat matapelajaran terbaik pun dah kira bersyukur. Arissa tu kira pertama kali naik pentas untuk sekolah rendah ni, tahun lepas tak de rezeki. Kira merangkap kali terakhir jugalah sebab tahun depan dah sekolah lain. 

Ayah diorang sepatutnya balik KK Khamis malam, tapi sebab anak nak naik pentas, sanggup dia tukar tiket flight awal sehari dan apply cuti untuk Khamis tu. Jumaat tu work from home. Sebenarnya hari terima anugerah tu encik suami tak tau pun yg Arissa dapat. Saya hanya bgtau Aqlan je, saja buat surprise. Pagi tu dia tanya, eh Arissa kena pakai baju sekolah ye? Saya jawab, aah. Nanti xde la nampak sangat baju Arissa lain. Kalau ikutkan murid yang dapat anugerah je yang boleh hadir, tapi takkan la nak tinggalkan anak yg tak dpt anugerah sorang2 kat rumah. Tahun lepas, saya bawa je Arissa tapi dia pakai baju kurung. Tu sebab dia pelik kot kenapa kena pakai baju sekolah, tapi dia tak tanya banyak.. hehe. Sebelum masuk dewan tu, kena ambil kehadiran dulu. Saya cepat2 tandangan part Arissa tu, dan dia tandatangan part Aqlan. Lepas tu Aqlan kena pegi ke meja sebelah untuk ustazah pakaikan ridak. Aqlan masuk Qasidah untuk persembahan tu nanti. Lepas tu semua masuk dewan untuk mengambil tempat. 

Masa duduk tu dia tanya, ohh Arissa pun ada tempat juga ye. Saya jawab, aah. Tak lama lepas tu baru saya bgtau yg sebenarnya Arissa pun dapat..hehe.. Dia cakap, laa.. kenapa tak cakap awal2.. Tergelak kitorang.. saja je buat surprise.. Masa Arissa turun dari pentas tu, encik suami terus pergi dekat Arissa ucap tahniah kat dia, senyum je la anak bongsu dia tu. Semoga tahun depan berusaha dengan lebih gigih lagi di sekolah baru. Cuma sekolah mana tu, pun tak tau lagi..hehe..




Friday, 5 December 2025

Hari Penyerahan Slip UASA

 Assalamualaikum.

Hari ni merupakan hari penyerahan slip UASA sekolah Aqlan dan Arissa. Alhamdulillah prestasi mereka meningkat dari pertengahan tahun yang lalu. Walaupun Aqlan tak dapat tempat pertama-ketiga, tapi Aqlan dapat juga la 2 subjek tertinggi iaitu subjek Feqah dan Tajwid. Kali ni Aqlan dapat tempat ke5. 5/33 pertengahan tahun hari tu 7/33.  Harap2 semangat nak belajar dia semakin meningkat la bila nak masuk darjah 6 ni. Sejarah hari tu dia dpt D, saya minta dia banyakkan baca sejarah, tuisyen memang join, tapi kalau tak baca tak jadi juga kan. Saya selalu ingatkan dia Sejarah ni penting sebab soalan PKSK banyak juga pasal sejarah. Jadinya saya tengok usaha dia dlm memperbaiki subjek Sejarah ni, beberapa hari sebelum tu dia dah rajin baca Sejarah.. dan malam sebelum exam tu dia baca Sejarah sampai pukul 11.30mlm lps tu baru tidur. Akhirnya, alhamdulillah sejarah dia dapat A. Cuma, Imlak pula dapat C, sebelum ni A 😅. Imlak hari yg sama dgn Sejarah, dia xsempat nak cover Imlak sebab kena hafal juga yg tu.. adehhh.. Kesimpulannya, memang kena baca dan hafal dari awal takleh nak last minute. 

Arissa pula naik 1 anak tangga dari exam pertengahan tahun. Dia kata, okla tu ibu.. ish..ish.. tu dpt 10/32 tau bukan no. 1. Sabau jelah anak pompuan sorang ni. Dia boleh kata ok.. Dia ni la yang asik minta diskaun je bila suruh buat latihan.. Banyak yg nak kena perbaiki ni Arissa oii.. Kena banyakkan baca jawi, sebab dia tak faham tulisan jawi sebab tu dia hentam je subjek agama. Matematik pula dia kurang buat latihan, berbuih dah ibu dia bising tapi tak jalan juga.. Rupanya Arissa ada dpt 1 hadiah utk naik pentas, cuma ustazah dia tak bgtau hadiah apa.. surprise juga.. ke dia dpt mata pelajaran Bahasa Arab tertinggi. Dia dpt 96 tapi dia cakap dia tak tau ada lagi ke tak pelajar lain yg lebih tinggi dari tu. Exam Bahasa Arab hari tu, memang sebelum tu dia byk hafal2, dan minta tasmik, tapi lps jawab exam dia cakap..ibu.. ada soalan yg pasal jenis2 bola tu, Arissa hentam je ibu..sebab tak ingat. Saya pun, cakap je la kat dia, xpelah Cha.. benda dah lepas nak buat mcmmana.. sekalinya soalan yg bola2 tu, dia hentam2 semua betul.. dia igt 2 je, 3 dia hentam.. 😅.. Rezeki nak oii.. 

First time la amik report card day tanpa ayah diorang. Ayah diorang hari ni pegi sekolah Adam, ada prog hala tuju pelajar form 3 untuk menentukan aliran mana tahun depan. Kesimpulannya, banyak lagi usaha yg diperlukan untuk memperbaiki akademik diorang ni. Chaiyok!! 

Try apply sekolah lain

 Assalamualaikum..

Setelah kerunsingan melanda hari tu, malam tu juga saya isi borang permohonan online sekolah al-amin Cheras Selatan. Keesokan harinya terus diorang bagi emel untuk menetapkan tarikh untuk temubual ibubapa dan ujian kemasukan murid pada 24/12. Namun, pada tarikh tersebut kami tidak dapat hadir sebab itulah tarikh flight kami balik ke semenanjung for good. Saya terus call sekolah untuk menukar tarikh. Tak lama selepas itu, diorang call balik saya untuk tukar ke tarikh 26/12 untuk temubual dan ujian kemasukan murid baru. Setelah persetujuan dibuat, barulah saya membuat bayaran proses pendaftaran sebanyak RM30 seorang serta borang kehadiran untuk sesi temubual ibubapa dan ujian kemasukan murid. Semoga semuanya dipermudahkan dan dilancarkan. 

En suami sangat berharap dapat sekolah SRI Abim, manakala saya pulak tak kisah mana-mana pun. Cuma saya sangat berharap agar Allah berikan petunjuk sekolah mana yg terbaik untuk mereka pada masa akan datang, untuk dunia dan akhirat mereka. Bezanya sekolah itu, Abim ada bangunan sendiri 4 tingkat kalau xsilap, ada kantin, surau dan bangunan untuk pelajar sekolah menengah. Sekolah tadika dia pulak bersebelahan je dengan pagar sekolah, lot rumah yg dijadikan tadika. Manakala sek al amin cheras selatan tu pulak bangunan shoplot, di mana en suami kurang sikit berkenan. Dari segi nak hantar anak-anak ke sekolah pula-semestinya saya la yang jadi mak supir. Sek Abim menghala ke Putrajaya, pagi-pagi memang sesak berebut jalan dengan org yg nak masuk opis di Putrajaya. Manakala sekolah al-amin Cheras Selatan pula rasanya menentang arus, saya rasa tak jem sgt.. rasanya la sebab dah berapa tahun tak hantar anak ke area belah sana. Dulu anak2 sekolah tadika area situ.. so far ok je. Tenang2 sikit, balik hantar anak, kalau rajin boleh la jogging atau brisk walk kat Lake Valley.. 

Tuesday, 2 December 2025

Pencarian sekolah Aqlan dan Arissa

 Assalamualaikum..

Sekejap je dah masuk bulan terakhir tahun ni. Tinggal beberapa hari je lagi nak meninggalkan bumi Sabah. Perkara yang merunsingkan saya ialah Aqlan dan Arissa masih belum lagi confirm dapat sekolah mana. Sebelum ni apply sekolah lama Aqlan, masih tiada jawapan yg pasti dari pihak sekolah. Baru tadi isi borang permohonan online untuk Sekolah Al Amin Cheras Selatan, itupun kalau ada kekosongan baru dia akan hubungi. Tak tahu lah macammana. Esok mungkin try cari lagi sekolah lain. Harap-harap dipermudahkan semuanya.  

Wednesday, 12 November 2025

Transit Dubai

 Assalamualaikum..

Sambung balik cerita pegi London hari tu. Balik dari London, transit Dubai lama juga, sampai Dubai pukul 8 pagi mcmtu, flight balik KL pukul 3pagi hari berikutnya. So, dah alang-alang lama sikit transitnya boleh la jalan-jalan sikit. Ini merupakan kali ke-3 saya ke Dubai. First time dulu pegi dengan 2 anak kecil, Adam 3 tahun lebih dan Aqil setahun lebih. Masa tu husband kerja kat Iraq, so dia dari Iraq ke Dubai tunggu kami kat sini. Saya pula dgn 2 budak kecik tu dari KL. Ya Allah mencabar juga. Tak dapat bayang macammana dapat harunginya masa tu. Adam ok lagi Aqil la yg banyak ragamnya. Kali kedua pula pergi dengan family besar husband, transit untuk trip ke Europe. Kali ke-3 ni baru pegi berdua dengan husband. 

Sampai sini mesti rasa nak tangkap gambar jam ni, walau berdekatan dengan toilet 😂. Sebenarnya kat airport Dubai ni melambak2 jam mcmni, tapi tangkap gambar mana yang dekat dengan kaki ni melangkah. 

Luas betul airport ni, orang tak ramai area sini mungkin awal pagi kot.

Sampai je airport kami ke toilet, settlekan apa yang patut. Lepas tu survey-survey money changer. Nak tukar duit sikit, plan untuk beli sedikit kekacang, kismis, coklat, perfume dan juga jubah. Jubah tu untuk mak mertua, kakak ipar dan biras yang diorang dah order awal sebelum ke sini lagi. Kedai tu memang husband selalu pegi dulu. Saya je yang tak beli jubah, sebab rasa dah banyak jubah dan malas nak menambah koleksi. 

Kami beli tiket train yang boleh guna untuk 1 hari. First sekali kami nak ke Dubai Mall, bukan nak beli apa pun, cuma nak throwback jalan-jalan yang dah pernah kami pergi sebelum ni. hihi. Saya nak tangkap gambar dengan Burj Khalifa dari luar sebab dulu tak dapat bergambar banyak sebab first masa tu hp xdpt nak capture gmbar dengan baik. Second tu pulak kami banyak tangkap gambar kat atas Burj Khalifa. So, kali ni nak tangkap gambar byk sikit area luar.


Dari stesen train nak ke Dubai Mall sangatla jauh. Cuma yang bagusnya dia ada conveyor walkway..apa ke nama dia travolator ye. Yang mcm kat airport tu. Berdiri dengan malas pun boleh sampai cepat. Laluannya berbumbung dan beraircond, so ok sangatla. Lagipun kat luar sangat panas, musim summer kan.


Baru muncul Burj Khalifa

Ok nak sampai dah Dubai Mall

MasyaAllah besar dan cantik betul lampu ni.

Dapat juga akhirnya kat sini, cumanya panas betul kat luar ni, area fountain tu tengah renovate..so, xdapat bergambar kat situ 😔

Aquarium besar dalam mall

Masih seperti dulu..fountain yang ada orang terjun. Lepas dah jalan-jalan tu kitorang solat jamak zohor dan asar then bergerak ke next destination.

Lepas tu, kitorang nak ke Museum of The Future.

Jalan menuju ke masa hadapan 

Panas yang amat di luar ini, cepat2 je bergambar kat sini 

Kami sebenarnya bergambar kat foyer muzeum ni tak masuk dalam pun. Kat luar ni pun dah cukup cantik. Lagipun nak cepat, kalau lama-lama nanti tak dapat nk cuci mata kat Naif Market pulak..haha

Tangga yang unik




Boleh nak cipta perfume sendiri tapi mahal la.. kalau nak sedia duit ja..


Dari luar Museum of The Future tu ada banyak teksi sedang menunggu, so kami ambil teksi untuk ke Naif Market.

Naif Market tu dekat dengan Balai Polis ni



Koleksi jubah yang ada kat kedai ni


Ni kedai kekacang dan kismis serta coklat, kena pandai tawar menawar supaya dapat harga yang bagus. Lepas tu, kena pastikan kita kira balik dan sama macam dia kira. Bukan apa kadang dia cakap lain, kira lain. 








Ke kedai perfume pulak, lama naw husband nak cari bau yang dia berkenan, disebabkan lama sangat tunggu dia buat pilihan, akhirnya saya yang terbeli pulak. Saya amik yang botol kecil2 je, murah-murah ja sebab bukan pakai kerap sangat pon.

Last2 dia tak jadi beli pun yg botol besar tu 😑

Dinner kat Tunnisia Restaurant sebab husband teringin sangat nak makan shakshuka. Kat restoran ni je yg ada masa cari dlm google time tu.

Dah berbulan-bulan tak update cerita ni sampai lupa ni air mangga atau air oren. 😆

Seperti biasa dia memang suka air tembikai, sama dengan Cha suka naw air tembikai.

Ni la shakshukanya, banyak daging juga dalam tu dan telur dia masak.


Ni daging tak tau la masak apa. Ada buah prun atas tu, sedap juga.

Owh..lupa nak bagitau, husband janji dengan kawan-kawan dia yang kerja di Dubai untuk berjumpa dan dinner sama-sama. Seronokla mereka dapat jumpa dan saling bertukar-tukar cerita.

Last sekali, lepas dinner, kami tumpang mandi, solat dan bersiap-siap nak ke airport kat rumah salah seorang kawan dia. Ada kucing comel yang menemani kawan dia ni.

On the way nak ke airport tu nampak Muzeum of The Future dengan suasana malam pula. Cantik.

Akhirnya, naik flight balik KL pukul 3 pagi tu.

Breakfast yang meriah, alhamdulillah.

Sekejap je dah terang benderang

Sampai-sampai KLIA dah petang. Hari yang sangat singkat, sebab pertukaran dan perbezaan waktu dan jam.

Alhamdulillah, selamat tiba di tanah air yang tercinta. Malam tu flight kami balik ke KK pula.

Sekian dulu cerita transit Dubai kali ini, entri yang tertangguh sehingga beberapa bulan lamanya. Masa berlalu sangatla cepat. Ok, jumpa lagi.

Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid

  Assalamualaikum Khamis lepas 11/12/25 merupakan Majlis Anugerah Kecemerlangan sekolah Aqlan dan Arissa. Alhamdulillah Aqlan dapat 2 anuger...