Thursday 21 January 2016

Lombok: Day 6

4 Nov 2015 (Rabu)
Hari terakhir bercuti di sini.. disebabkan flight kami pukul 7.30 mlm, jadinya kami bercadang untuk berjalan-jalan lagi hari ni sampai tengahari pastu balik hotel, mandi petang baru check out then ke airport.. kononnya nak selesa2lah.

So, breakfast aku pilih pakej Go West Breakfast.. seperti biasa bagi aku roti pun dah cukup untuk perut aku.. jrg sgt aku mkn berat2.. lepas breakfast, pak supir kami Yasir, bawa kami ke Pusuk.. Pusuk ni merupakan tempat monyet yang jinak di tepi jalan.



Sempat lagi monyet ni cari kutu member..

Biasanya pengunjung akan memberi makanan dan bergambar bersama monyet2 ni. Makanan seperti pisang dan buah-buahan lain biasanya ada di jual di tepi jalan sebelum tiba di kawasan monyet2 ni.. pada pandangan aku, monyet di sini amat jinak berbanding di Bali masa aku honeymoon dulu.. di Bali monyetnya agak agresif sikit. Di sini monyet tak akan rampas makanan yang kita pegang melainkan kalau dia mmg dah nmpk.. sebab tulah Yasir suruh letak pisang dalam plastik hitam pastu balut dgn kain atau baju supaya makanan yang dibawa tidak kelihatan. Aku dgn aqlan tak berani pulak nak hulur pisang kat monyet tu.. aqil pun takut juga.. dia lontar ke tanah je.. Adam ada gak hulur dan monyet tu amik dr tangan dia.. Selesai memberi makanan dan bergambar di situ kami meneruskan perjalanan untuk mencari cenderamata untuk ipar2 dan anak buah yang masih tak cukup lagi. Yasir bawa kami ke Toko Arif. Kat situ banyak baju yang jual secara borong. Aku tengok ramai juga penjual yang dtg memborong kat kedai tu. Kitorang memborong juga..hehe harganya boleh tahan la sehelai boleh dapat kurang dari RP 50 000, tengok saiz.


Selepas puas memborong, kitorang balik semula ke hotel. On the way balik tu, singgah beli mie ayam yang sedap bak kata Yasir.. beli 2 bungkus.. murah.. kira RM3.00 je kalau ikut rate Malaysia. Okla kn..

Sampai hotel, terus order lunch dari cafe hotel.. sepatutnya bilik kami complementary dgn dinner.. tp hari yg first tu kitorang xamik dinner sbb balik hotel time tu kan blackout pastu camne plak nk gi cafe gelap2 dgn bdk2 nk menapak naik tanggaa bagai.. husband aku deal dgn manager utk tukarkan dinner tu dgn lunch hari last.. manager tu kata ok.. so kitorang order spagetti utk bebudak.. aku dgn husband mkn mie ayam.. mmg sedap lor..




Pastu bersiap2 utk check out dan bergerak ke airport.. masa nak check out tu.. husband aku minta kat reception nak welcoming drink bole.. sedap katanya.. rasa mcm rempah2 gitu.. kulit kayu manis.. limau nipis dan serai kot.. aku agak je.. aku ckp la kat reception tu ni good bye drink.. dia pun gelak je..

selepas check out tu Hotel Svarga ni ada bagi beg tangan anyam dari jerami.. katanya oleh-oleh dr Svarga.. cantik banget.. makasih ya..

Then kitorang bergerak ke airport.. perjalanan dr Senggigi ke Airport Lombok makan masa sejam lebih..
Bergambar kengkonon nk balik meninggalkan Lombok, sekalinya kene stay lagik...

sesampainya di airport, sesungguhnya tidak diduga rupa-rupa airport tutup.. semua flight cancel.. tiada satu flight pun dibenarkan landing dan berlepas gara-gara anak gunung rinjani meletus.. huhu.. dugaan tul.. lama giler duk deal dgn staff Air Asia psl tukar flight.. akhirnya dptla tukar tiket flight hari Jumaat ni.. tu pun sbnrnya belum pasti airport dah beroperasi seperti biasa atau belum..

Last2 kitorang amik keputusan untuk cari hotel lain utk stay bbrp hari sblm blk Msia. Cari hotel yg biasa2 je.. kitorang check in kat Sunset House 3 hari 2 malam. Hotel ni betul2 mengadap laut.. dengar bunyi deruan ombak. Wifinya tidak selaju di Vila Ombak dan Svarga..huhu.. harung je la.. toilet dia agak berbau.. bau yg tidak enak.. semacam bau tipikal lombok... uwekk.. malangnya kat area toilet dia xde lubang air.. anak aku ada yg dah tak tahan sgt kencing habis kene lantai dia.. agak tak praktikal xde lubang air di toilet.. terpaksa panggil housekeeping utk settle kan..


Cuma yg bagusnya hotel ni pakai hand shower senang aku nak mandikan budak2.. kat Svarga n Vila Ombak xde hand shower.. payah giler nk mandikan aqlan.. dah meraung2 dia bila mandi shower.. habis basah baju aku.. disebabkan hotel ni sgt dekat dgn pantai, lantainya agak berpasir.. mungkin angin tiup membawa debu2 pasir.. nk pijak pun mcm kt tepi pantai je aku rasa.. dah la xde selipar hotel..

Malam tu aku tak larat sgt dah letak kepala je terus tidur.. penat betul..

No comments:

Post a Comment

Hobi bertukar side income

  Assalamualaikum.. Sejak berhenti kerja 7 tahun yang lalu, aku mmg tak bekerja dan hanya menumpukan sepenuh perhatian pada anak-anak, suami...