Tuesday 24 September 2019

Trip Europe I : Switzerland

Assalamualaikum. 

Perjalanan dari Venice ke Switzerland mengambil masa kira-kira 6 jam 30 minit iaitu ~ 552 km drive. Sepanjang perjalanan mmg terasa rugi kalau memejamkan mata. Menikmati pemandangan di kiri kanan jalan terasa betapa indahnya ciptaan Tuhan. Aku pernah terbaca keindahan bumi Switzerland ni umpana syurga di dunia. Kalau syurga sebenar yg Allah ciptakan lagi lah berjuta2 kali ganda indahnya sehingga tak terjangkau oleh fikiran kita. 
Sepanjang perjalanan dari Italy ke Switzerland ni mmg nmpk perbezaannya. Kalau di Italy bentuk muka buminya berbukit bukau, manakala di Switzerland bergunung-ganang. Tu pemandangan kitorang sepanjang perjalanan la. Ada beberapa tempat kitorang stop, minum2, pergi tandas, solat dan beri peluang anak-anak bermain.


Kira mcm RnR la




Stesen minyak terakhir sebelum memasuki Negara Switzerland, kami beli pas berupa stiker ditampal pd cermin kereta menandakan kita boleh memasuki Negara itu.

Kami menginap di Interlaken, tapi dalam perjalanan tu kami singgah di Lucerne untuk tidak melepaskan peluang bergambar di Chapel Bridge. Chapel Bridge ni merupakan jambatan kayu yang tertua di Eropah. Kami tiba di Lucerne pun dah lewat petang. Suhu waktu tu mmg sejuk,  anak2 pun kalau dah terlalu sejuk depa tak nak bg kerjasama waktu nak ambil gambar..cepat2 je bergambar dan masuk dlm kereta balik. 



Sampai sahaja di tempat penginapan, hari pun dah gelap dan sesuailah untuk merehatkan diri. Sambil2 tu husband aku update tempat yg dilawati hari sebelum tu dlm fb dan dia bgtau esok kami akan melawat Switzerland. Tiba2, ada seorang kawan sekolah aku komen, dia cakap skg dia tgh sambung belajar di Switzerland, katanya kalau ada masa dtgla jumpa dia dan isteri di Bern. Apalagi, kami mmg tgh mencari2 tempat untuk dilawati dan boleh selit2 tempat tu sekiranya ada masa.

Tempat yang dilawati di Switzerland:
1) Lucerne
2) Grindelwald
3) Lauterbrunnen
4) Bern
5) Zermatt
6) Interlaken

Tak puas rasanya menikmati keindahan bumi Switzerland ini. Semoga suatu hari nanti dapat pergi ke sini lagi, semoga dimurahkan rezeki encik suami dan bawa aku ke sini lagi..hehehe.. pandang depan gunung, pandang belakang gunung, kiri dan kanan pun gunung.. berpusing2 la situ ko..haha

Grindelwald ni kira sebuah perkampungan di sini. Unik betul bentuk rumahnya dan hampir semua rumah sama.
Pemandangan perkampungan rumah2 di Swiss. Kebanyakannya diperbuat daripada kayu dan batu.



Air terjun kat belakang kitorang ni namanya Lauterbrunen Waterfall. Tak dapat nak berlama-lama di sini sebab ada banyak lagi tempat lain yg nak dikejar.. hehe


Clock tower, Zytglogge.. Yang pakai jaket maroon tulah kawan sekolah aku, Faiz. Tgh sambung phD kat sana. Sekarang ni dia dah jadi lecturer kat USM.


Ni di hadapan rumah Albert Einstein. Tempat tinggal Albert Einstein yang dijadikan muzeum. Beliau tinggal di sini dari tahun 1903 hingga 1905 dan developed teori relativity dia kat sini. 
Pemandangan Old Town of Bern
Sempat berpicnic dalam kesejukan lagi 
 Cantik pulak tengok bangunan ni bersama ranting2 pokok ni kan?

Walaupun kami stay di Interlaken, tapi tak banyak tempat di Interlaken yang kami dapat jelajahi sebab kami banyak travel ke tempat2 lain yang lebih jauh. Rasa tak cukup masa. Macam kene repeat balik je Swiss ni.hehehe..
Di Interlaken, ni je lah gambar yang sempat diambil, sebab lepas ni terus nak ke Zermatt pulak. Perjalanan dari Interlaken ke Zermatt mengambil masa kira2 2 jam 16 minit.
Zermatt ni merupakan sebuah perkampungan yang tidak menggunakan kenderaan bermotor di kawasannya. Mereka mengamalkan car-free zone setiap hari sejak tahun 1947 lagi. Udaranya sangat bersih dan segar sekali. Rasanya mereka nak mengekalkan udara yang bersih dan tidak tercemar dan mungkin juga tak nak ubah suhu persekitaran bila terdapat pembakaran bahan api sehingga menjejaskan kualiti salji di puncak Matterhorn tu. Ia berada di ketinggian 1,620 m di atas permukaan laut. Nak ke sini kereta kene parking kereta di Tasch, kira-kira 7km lagi untuk sampai ke Zermatt, kemudian naik train. Mini bus yang digunakan di sini pun hanya menggunakan bateri. Di sinilah terletaknya puncak yang tertinggi di  Swiss iaitu Gunung Matterhorn. Gambar gunung yang menjadi ikonik kpd coklat Toblerone. Time ni lupa nk bawa coklat ni ke sini.. Kononnya boleh bergambar sebelah menyebelah. Tapi nasib tidak menyebelahi kami sebab, dari bawah tak berapa nampak puncak gunung Matterhorn ni sebab berkabus. Cuaca pun tak begitu baik di atas sana. Sampai di Zermatt, sebenarnya ada lagi tiket utk naik ke puncak, kalau xsilap aku harganya CHF 99. Mahal tau. Biasanya yang suka naik atas tu yg nak main ski. Puncak Matterhorn ni sentiasa dilitupi oleh salji sepanjang tahun. Kalau sesiapa yang nak merasa 2 musim, contohnya boleh la datang waktu musim bunga, then naik atas ni, dapat merasa salji.
Jernih sungguh airnya tau.
Mulanya kami ingat nak jalan kaki je di sekitar kampung2 ni, tapi dgn budak2 kecik ni, dgn sejuknya, xkuasa pulak nk hadap perangai, last2 kitorang naik mini bus utk jalan2 sekitar kampung ni. Dari atas ni, boleh nampak keseluruhan Zermatt yang sangat cantik dan membuatkan ku jatuh hati...
Semuanya diliputi salji, cantik sangat

 Kalau tak silap aku, mini bus atau taxi dia ada jenis yg angkut orang, dan ada yg jenis angkut barang. 
 
Secara keseluruhannya, Zermatt ni memang sgt mengagumkan..aku pun last minute decide nak pi sini. Dah sampai sini memang tak rugi dan sangat berbaloi. Sepanjang perjalanan naik train dari Zermatt ke bandar Taesch pemandangan tidak kurang cantiknya. Bila nampak sungai2 di sini, woah.. mmg sgt jernih sekali.. ada juga kereta yang kami sewa tu naik train sekali aku tak pasti kat bahagian mana. 
 
 


No comments:

Post a Comment

Hobi bertukar side income

  Assalamualaikum.. Sejak berhenti kerja 7 tahun yang lalu, aku mmg tak bekerja dan hanya menumpukan sepenuh perhatian pada anak-anak, suami...