Sunday 29 May 2016

Senarai Kuih Raya Berangan..hehe

Assalamualaikum..
Hari ni tak de kerja nak buat.. maklumlah pembantu rumah abg ipar aku yg baru ada di rumah, jadi, byk kerja rumah yg dah settle..tinggal nak masak tengahari je kejap lagi. Abg ipar dan family dia pergi bercuti jadinya pembantu dia parking rumah aku.. minggu lepas dia baru hantar pembantu rumah yg lama balik Indon. So, sementara bibik ni ada di sini bolehlah dia tolong2 bersih2kan rumah apa yg patut. Seronok betul bila bercuti dari membuat kerja rumah..hehehe.. bila dpt pembantu rumah yg ok..mmg rasa nak ambil je.. tapi bila dpt yg tak ok..mmg rasa taubat dah amik depa2 ni bekerja dgn kita..minggu depan, semua kerja kene buat sendiri.. huhuhu.. 

Oklah berbalik kpd tajuk asal entry ni.. sebenarnya aku dah berangan2 nak merajinkan diri utk membuat kuih raya sendiri tahun ni.. semoga angan-angan ini menjadi kenyataan.. aminn.. hiks..
Antara kuih raya yg menjadi angan-anganku ialah :

1) Semperit original
2) Semperit Susu (Bentuk Bunga)
3) Biskut Red Pearl 
4) Biskut Jem Nenas
5) Biskut Snow Almond

Cukuplah ni dulu.. harap2 rajin daku membuatnya..

Saturday 28 May 2016

Risaunya ibu bila anak nak exam..

Assalamualaikum..
Setelah berhari-hari kerisauan dan debaran melanda diri seorang ibu ini, akhirnya tibalah hari yang ditunggu-tunggu. Hari ni merupakan hari peperiksaan kemasukan darjah satu di Sekolah Rendah Integrasi Bandar Baru Bangi.. risau sungguh aku, yelah anak sulung nak masuk sekolahkan.. mana tak risaunya.. hampir setiap hari aku suruh dia buat latihan dlm buku.. Buku2 tu ada yang aku beli di kedai buku dan ada juga beli buku contoh soalan drpd pihak sekolah.

Pasrah dan redha jelah dgn keputusan yg akan dpt nanti. Ramai giler calon peperiksaan dlm 600++ org, yang dia nak dlm 150 orang sahaja. Tak sangka dpt jumpa Kak Haida, kawan masa kat UKM dulu. dan juga jumpa kak Asiah kwn husband masa di UKM dulu.. Masa tu husband tgh undergrad.. selalu buat lab, kak Asiah pulak student PhD, skg dia lecturer kat UPM. Kak Asiah ada 5 anak, yg perempuan semua bersekolah di SRAI, yg lelaki bersekolah di Al-Amin. Sebenarnya aku target anak-anak bersekolah di Al-Amin, cuma aku try juga sekolah SRAI ni dan sekolah ABIM Sg Ramal Dalam. Semoga Adam dapat sekolah yang terbaik buat dia.

Thursday 26 May 2016

JEPUN: Sapporo Day 4 Part 1

Hari keempat di Sapporo, setelah selesai bersihkan diri, solat subuh, kami bersarapan dirumah sebelum keluar. Hari ni menu dari mak mertua, nasi+udang masak tempoyak+ikan masak asam rebus+sambal paru dan kima (masakan pakistan).. Lepas tu budak2 makan aiskrim halal yg kitorg beli malam tadi..


Bersiap2, then kitorang ke kedai kain Kanariya.. Shopping time!! tak ingat berapa tingkat.. tp macam2 jenis kain yg dijual.. kalau waktu ni musim winter, so, bykla jenis kain yg jenis tebal sikit dan berkapas..tak tau apa nama kainnya yg dijual.. tp kain jenis lain pun byk.. sapa yg kaki jahit mmg gilos la pegi tempat mcm ni.. ada kain yg utk buat beg.. ada kain yg org buat selimut baby.. kain bedung baby .. corak-corak dia hu..mmg comel2 belaka.. rambang mata.. kitorang beli baju raya kat sinilah..  kain jenis japanese cotton.. corak yg aku pilih adalah corak gunung fuji..mcm pelik je buat baju..tp tunggulah dah siap nanti cmnelah rupanya.. kain tu kalau org jepun depa buat kimono.. kata nak oleh2 dr jepun.. biarla ada corak cam jepun2 sikit.. kalau yg lelaki, pilih baju yg agak2 sama kaler dgn aku tp apatah nama kainnya.. jenis kasar sikit..tp yg aku igt kain tu depa buat utk baju yukata.. ala2 baju ninja tu..





Kat kedai kain juga ada jual pola.. kalau nk buat apron ke..beg ke.. kimono ke..yukata ke.. semua ada jual.. buku jahitan pun ada.. Dr Sufi kata, mmg instruction dia fully bahasa jepun..tp diaorg kan jenis detail.. senang nak faham.. tp aku tak beli sebab aku bukan kaki jahit dan takde mesin jahit pun kat rumah.. 



Kitorang mmg borong banyak giler kain2 kat sini.. mak mertua aku la sponsor kain utk 1 family aku, family kakak ipar aku, abg ipar aku dan adik ipar aku @ kembar husband aku.. yg pompuan corak pompuan la..dan g lelaki corak lelaki la.. aku dgn husnd just beli utk mak aku, adik beradik pompuan aku dan adik ipar aku.. okeyla tu..berat woo kain2 tu, brp kilo lah agaknya ..

Lepas habis bershopping, kami balik apartment kejap utk hantar kain2 tadi dan solat2 jamak zohor dan asar,  then meneruskan perjalanan ke Mount Moiwa. Bersambung di part 2 nnt ek.. 

Hobi bertukar side income

  Assalamualaikum.. Sejak berhenti kerja 7 tahun yang lalu, aku mmg tak bekerja dan hanya menumpukan sepenuh perhatian pada anak-anak, suami...