Tuesday 26 April 2016

JEPUN: Sapporo Day 3

Hari ni plan kitorang nak ke Otaru sebenarnya tapi disebabkan Adam demam terpaksa batalkan semuanya. Kawan aku Fie yg sedang berada di Jepun meneman suaminya sambung belajar bg no contact seseorang yang boleh guide aku utk dptkan rawatan. okla tu.. dia pun sgt fasih berbahasa Jepun. Husband aku sblm ni pernah baca blog org bg no contc kwn dia seorg doktor di Sapporo. Rupa2nya adalah orang yang sama. 

Doktor tu nama dia Sufi, perempuan. Dia bawa aku, husband dan Adam ke klinik utk dapatkan rawatan. Mak mertua, pak mertua, Aqil dan Aqlan duk apartment je. Klinik yg kami pergi tu klinik kanak-kanak so ruang dlm deco mmg banyak kartun la. Org Jepun mmg pyh nk jumpa yg pandai ckp English.. mujur Dr Sufi ada boleh translatekan..

First time aku jumpa ubat serbuk.. diaorg timbang berat badan Adam dulu..pastu baru timbang ubat tu brp gram sesuai utk berat Adam tu..pastu ubat tu kene bancuh sendiri..mean kene tambah air sikit je dlm 2sudu teh camtu kacau2 biar dia sebati..so, ubat tu mcm pekat2 gitu barulah boleh makan.. sedap rasa ubat tu.. dia siap buat demo lagi..

Dr Sufi ckp, hari ni rehat2 je la sbb nk bagi keadaan adam ok sikit.. nk bg badan dia cukup rehat dan dpt recover dgn baik.. ok..so, tiket ke Otaru burn mcmtu je.. 

Malam, aku dgn husband je keluar tu pun pegi kedai beli air mineral..pastu singgah daiso..beli sikit2 brg yg comel2..sudu plastik sbb sudu mak mertua aku bawa byk yg dh patah..pastu beli penekap roti bentuk muka bear.. comel sgt.. pencucuk mknn yg comel tu..aku xtau ape ke namanya.. biasa org jepun letak kat bento diorg yg comel2 tu..








Penekap telur rebus

Otw balik dari kedai tu kitorang just amik gambar persekitaran je.. tu shj aktiviti utk hari ni.. semoga Allah beri kesembuhan pd Adam .. 

Layan gambar sepanjang hari ni :)


Adam sedang amik gas





Suasana persekitaran dlm klinik kanak-kanak.. ni tempat bdk2 menunggu kalau tak larat sgt, boleh baring2 situ..
 
Ni pulak suasana Sapporo masa malam kitorang jalan-jalan..
 
Terjumpa rumah comel..
 
 
 






Monday 25 April 2016

Kek Span Pilihan Hati

Assalamualaikum.. sejak kebelakangan ni ter'rajin pulak membakar kek.. ni gara-gara stress sebab percubaan membuat pau yang ntah kali ke berapa tidak menjadi lg.. geram sungguh aku.. sukarnya membuat pau.. akan dicuba lg tp tak tahu bila.. buat kek lg senang dr buat pau.. uhuu.. sedih betul.. 

Setelah bbrp percubaan dlm pencarian resepi kek span pilihan hati, rasanya resepi kek span yang aku ambil dari blog enyabdullah adalah yg terbaik.. tu dr citarasa aku la.. org lain mungkin berbeza .. 
Ni link ke resepi tersebut..Resepi kek span sedap

Anak-anak aku cukup gemar kek tu.. asik tnya bila ibu nak buat kek tu lg.. 

Bab deco mmg aku fail.. tgn xkreatif..huhu.. tp dari segi rasa, mmg sedap kek ni.. lembut sgt.. 






Yg ni kali kedua buat utk birthday husband dan Aqil.. diorg beza sehari je.. abaikan deco yg tak berapa cantiks tu.. haha.. 

Kali ketiga aku buat ikut resepi lain.. tp tekstur dia berbeza sikit.. agak padat..aku xsuka sgt tekstur yg padat.. mybe resepi ni sesuai utk buat victoria sandwich cake kot..  tp anak2 aku suka je.. 



Terima kasih eny atas perkongsian resepi kek span yang menepati citarasa aku tu.. 

Friday 8 April 2016

JEPUN: Sapporo Day 2

Hari kedua kami plan nak ke Takino Suzuran Park, Sapporo Masjid, Warung Jawa dan Tanuki Koji Arcade.  

Pagi2 lagi, kami semua bangun. bdk2 lagi la. mandi pun nangis, tak cukup rehat kot.. mata ngantuk lg. tapi kene paksa juga. sebab nak pi Takino Suzuran Park tak boleh lewat. Park tutup pukul 4.00pm, last bas pukul 3.28pm. Kalau boleh nak spend masa lama kat situ.

Mulanya kitorang jalan kaki nak ke Subway Station  Nishi Juitchome. Tapi mcm lambat je jln2 dgn bdk2 lagi, last2 kitorang naik teksi ke stesen tu. haha.. aci tak.. terpaksa amik 2 teksi la. Dah separuh perjalanan sbnrnya nk sampai kat stesen tu. 




Dalam train tidur...


Keluar je dari train, si Aqil yg mengantuk sambung tido kat kerusi pulak..haha



Dari  Nishi Juitchome Station (Tozai Line) ke Makomanai Station (Namboku Line) harga 290 yen seorang. Keluar je dari subway station je pegi belah kiri then nampak bus stop no 2 dan ambil Chuo Bus 106. Bas tu mmg ke Takino Suzuran Park. Bas tu akan stop beberapa tempat ada 3 stop, tapi utk ke Takino Suzuran dia akan berenti last sekali sampai semua org dah turun. tambang bas ni 440 yen seorang. 

Kene beratur ye tuan-puan untuk naik bas..
 
Jadual bas. cuma ada 1 bas setiap jam. Bas ini bertolak every one hour iaitu xx24 hrs.. contohnya 0845, 0945, 1045.. so, kene plan baik la untuk tidak menunggu masa yang lama k.. 
Sesampainya kami di Takino Suzuran Park ni, isi perut dulu dgn bekalan makanan yang dibawa. maggi goreng dan air teh serta horlicks..

Masa kami tengah santai2 tu, tiba2 bergegar.. terkesima sebentar.. rupa-rupanya gempa bumi.. mula gegar sikit bbrp saat.. lps tu gegar lg, aku tgk org Jepun ada yg dah duduk bawah meja selamatkan diri.. gegaran kedua tu yg lama sikit.. lepas tu xde dah.. hu.. alhamdulillah selamat.. tiada kemalangan jiwa dan bangunan yg musnah.. Katanya bangunan di Jepun ni mmg dicipta utk tahan gegaran gempa bumi yang sering berlaku.. bila balik apartment, tgk berita mmg sah ada gempa bumi.. 7 skala ritcher juga.. adik aku jg ada bgtau dlm whats app. ok.. satu pengalaman baru..



Sambung cerita aktiviti yang dilakukan di sini ialah Tube Sledding, percuma sahaja. Mula2 tube tu sangkut kat tali yang akan membawa kita naik atas, kira kita tak payah susah2 ko jah nak hangkut tube tu, dah la bukit tu tinggi.. aku naik tube tu dgn si comel Aqlan, Aqil dgn mak mertua, Adam dgn ayah dia dan pak mertua aku naik sorang.. 









Tube Sledding ni antara yang terpanjang di dunia.. memang best, seronok, cuak, berpusing2, kejap kedepan, kejap ke belakang, sejuk giler beb sbb snow mercik ke muka, aku yang terjerit2, Aqlan steady je..kahkah..cuma muka dia kemerah-merahan sbb sejuk weii..dia mmg senyap je tak terkata..



Lepas tu terus kitorang ke tempat permaian indoor, tempat memanaskan badan. lps tu terus kitorang siap2 utk balik.. rasa sekejap je.. ngam2 kitorang sampai tempat turun bas tadi, bas pun dah sedia ada apalagi teruslah naik.. Bas akan bawa ke Makomanai Station yg tadi tu. Then kitorang amik train to Kitajunijo Station.

Destinasi seterusnya ialah mencari Sapporo Mosque. Time ni mmg sangattt mencabar, meredah hujan salji yg lebat demi mencari Masjid Sapporo.. anak2 dah mula merengek2.. Hari pun  nak dekat gelap, terus solat then lepas solat cdgnya nak makan malam di Warung Jawa. Terjumpa jemaah yg solat di masjid tu katanya kedai tu tutup. Pemilik Warung Jawa tu sedang bercuti di Eropah.. Pastu dia sarankan ke Kedai Makan Halal satu lagi. Namanya Dawat Cafe. 





 Suasana dalam Masjid Sapporo, tingkat 2.. tempat pompuan solat..






Lepas Dinner, kitorang ke Tanuki Koji Shopping Arcade. ok. xde apa pun, kedai cenderamata yg kitorang target nk beli tutup pulak.. ok lain kali lah pergi.. Masa ni Adam dah tak larat, mcm nak demam. Mak mertua dan ayah mertua aku bawa anak2 balik apartment dulu sementara aku dan husband jalan2 dulu.


 

Review Hotel Vila Ombak di Gili Trawangan, Lombok

Assalamualaikum..

Banyak hutang entri aku kat korang..ntah ada org baca ke tidak..haha.. perasan je lebih..kihkih.. seperti yang dijanjikan, aku ada bagitau dlm entri day 1 ke Lombok pasal aku nak review sikit pasal Hotel Vila Ombak ni.. Sori sangat2 sebab lambat.. biasala kerja sbg surirumah sepenuh masa ni lagi superduper busy berbanding jadi seorang pegawai sains pemakanan..huhu.. tetiba rindu kerja ni..sob..sob..

Ok. ni aku review dari pandangan mata aku dan pengalaman sepanjang stay kat sana.. takde kene mengena dgn yg hidup atau yg mati oke.. so far, staff dia semua ok. Sebelum tu, aku nak bagitau yang Hotel Vila Ombak dgn Ombak Sunset adalah hotel adik-beradik maksudnya owner sama atau yg ada pertalian darah la camtu.. kedudukan Hotel Vila Ombak adalah paling dekat dgn jeti utama Gili T berbanding Ombak Sunset. tapi kalau nak dibandingkan dengan hotel lain aku tak pasti la sebab ada hotel yg dekat.. ada hotel yg jauh...so, sblm booking tu pastikan korang baca dulu review pasal hotel tu.. sbb aku tgk ada hotel yg kat kebun kelapa nun.. jauh.. 

Dari jeti utama ke Hotel Vila Ombak ni.. kalau travel dgn budak2, mmg rasa jauh..nak2 bdk2 kalau dah penat jalan..tapi kalau travel dgn kawan2 atau suami isteri je bagi aku,,ok je kalau nak jalan..

Hari tu, kitorang booking bilik yg ada 1 katil king dan 1 sofa bed. sofa bed dia besarla jugak mcm katil queen je aku tgk, mmg sesuaila utk anak2 aku, Adam dan Aqil, 5 dan 3 tahun masa tu. katil king aku, husband dgn si kecil Aqlan la.. 

Pasal bilik air pulak, diorang mmg suke ye tandas jenis open air ni.. haha.. sebelum korang guna tandas, perhatikan dulu kat atas, ada tak mende2 yg mencurigakan..haha.. takut ada org mengintai.. naya weii.. tandas dgn shower jauh sikit.. sini xde hand shower, pyh sikitla nak mandikan budak2.. ni pd aku la sebab aku biasa mandikan bdk2 dgn hand shower..senang sikit.. menangis2 la si Aqlan tu bila mandi shower.. sabar jelah..

okey.. ni lagi satu perkara yg SANGAT...SANGAT.. PENTING!!.. pasal cafe dia.. sebagai seorang Islam, aku amat menitik beratkan pasal pemilihan makanan halal.. aku tau Lombok ni mmg 96% beragama Islam.. mmg byk makanan halal.. tapi kat cafe ni rupanya dia serve juga vavi, bacon.. siap ada tanda non-halal.. even dia masak guna peralatan berbeza, tapi pinggan utk serve tu sama sahaja..pinggan putih.. husband aku jumpa manager dia, tanya macam2 pasal dia handle makanan halal dan non-halal mcm mana.. kalau pasal gelas sah2 ok sbb tempat basuh gelas berbeza dgn pinggan makan dll.. so, manager tu ckp dia tak terfikir pun pasal pinggan tu.. aduii.. dan dia berterima kasih sbb bgtau psl tu.. akhirnya manager tu sediakan pinggan khas warna merah untuk kami sekeluarga, pinggan baru yg diambil dr cafe lain yg dikendalikan oleh hotel ni tp katanya situ mmg takde serve mende2 non-halal.. so, kitorang makan apa yg kitorang yakin boleh makan je la.. aku tau la Gili T ni mmg ramai la mat salleh dtg tp org Islam pun ada juga.. jd diorang kene la prihatin sikit psl pengendalian makanan halal ni.. 

ok..itu je yg aku nak bgtau.. bawah2 ni aku letak sket gmbr2 sekitar bilik tu..


















Hotel Vila Ombak mengadap sunrise..manakala Ombak Sunset mengadap sunset.. maknanya Ombak Sunset jauh lg kebelakang dan for sure lagi2 jauh dari jeti utama Gili T.  

Hobi bertukar side income

  Assalamualaikum.. Sejak berhenti kerja 7 tahun yang lalu, aku mmg tak bekerja dan hanya menumpukan sepenuh perhatian pada anak-anak, suami...