Wednesday 18 March 2015

6 Bulan Setelah Menjadi Fulltime Housewife~

Assalamualaikum..

Sedar tak sedar dah 6 bulan rupanya aku jd surirumah.. Sangatlah sibuk sampai nak update blog pun tak sempat..he.. Awal-awal masa aku jadi surirumah memang kelam kabut juga dibuatnya..mana taknya, nak uruskan 3 anak yang agak rapat memang mencabar.. dalam fasa anak2 nak biasakan diri dengan ibu diorang berbanding sebelum ni dengan bibik sangat menguji kesabaranku.. ni yang aku perhatikan.. budak2 ni kalau dengan orang lain memang ok, boleh makan setempat tak lari sana lari sini, boleh pakai baju dan seluar sendiri.. tapi bila dgn aku.. mula la ambil kesempatan.. tak nak makan la.. bila makan, lari sana lari sini,  tak boleh pakai baju dan seluar sendiri.. haish..macam2 perangai diorang ni..

Aqlan Danish mmg paling beruntung sebab aku yg byk jaga dia sejak lahir hingga dia nak cecah 9 bulan ni.. patutla masa aku dlm pantang, masa tu bibik tak lari lagi..aku rasa berat hati je nak bagi bibik pegang Aqlan lama2.. aku jugak yg byk mandikan Aqlan dan siapkan Aqlan.. rupanya Allah tahu aku yg akan jaga Aqlan.. bila aku tanya Adam, Adam suka ibu pergi kerja ke ibu duduk rumah? Dia jawab, Adam suka ibu duduk rumah sebab best.. terharu aku dengar jwpnnya.. Bila aku tanya Aqil plak, Aqil jawab, Aqil suka ibu duduk rumah sebab ibu boleh buat kerja..vacum, lipat baju, sidai baju, kemas rumah.. ceh..bertuah betul bdk ni..nk tergelak aku dengar jwpn pjg lebar dia..haha.. 

Sekarang aku rasa seronok duduk rumah jaga anak2, baru aku dpt kenal perwatakan anak2 sendiri.. sebelum 6 bulan ni, korg tak tau kadang2 aku jadi tarzan jerit sana jerit sini sbb anak2 tak nak dgr cakap.. baru aku faham..sebenarnya diorang pun tgh belajar menyesuaikan diri yg ibu mereka pulak yang menjaga mereka.. skg aku dah boleh tahan sabar dr memarahi mereka.. ada cara utk bg anak2 dengar cakap kita.. setiap anak berbeza pendekatannya.. agak mencabar ni.. masa aku jadi tarzan tu.. mmg stress giler rasa, time tu rasa sgt down.. rasa mcm nak bekerja semula..rindu dgn kerja.. sbb aku suka kerjaya aku yang dulu.. sebab tu lama sgt aku mendiamkan diri.. group wassup taman perumahan aku senyap..group usrah masa U pn aku senyap.. aku sdg membina kekuatan utk menaikkan semangat yg menurun.. sampailah ada sorg kakak tu bg kata2 semangat utk aku..mmg sangat terkesan dgn kata2nya..terima kasih kak..saya sgt2 menghargainya..




Berkali2 aku baca kata2 tu.. Alhamdulillah, skg aku dah rasa sikit hikmahnya.. rasa nk beli baju, tudung dan kasut baru dah kurang.. pakai je apa yang ada.. semoga rasa sentiasa cukup dgn apa yang ada tersemat di hati dan dpt diaplikasikan..

kalau dulu aku selalu serabut pasal nak capai KPI kementerian, asik kene marah dgn bos je.. pastu aku tak puas hati kenapa aku tak dpt cuti bersalin 3 bln masa anak kedua padahal aku ada komplikasi masa tu, lagi tak puas hati tak dpt cuti tanpa gaji menjaga anak yg ni peg yg menjaga klinik yg xbg.. bos xtau sbb dia ada operation..hukhuk..xpe..ni semua dugaan hidup di dunia utk aku.. sekarang aku nak alihkan KPI aku utk akhirat pulak..  lagi takut kan sbb hidup di dunia ni singkat sahaja.. cukup ke bekalan utk di bawa ke akhirat nanti.. semoga aku dapat didik anak2 aku agar mereka menjadi anak yang soleh.. Amin..

Hobi bertukar side income

  Assalamualaikum.. Sejak berhenti kerja 7 tahun yang lalu, aku mmg tak bekerja dan hanya menumpukan sepenuh perhatian pada anak-anak, suami...