Thursday 28 November 2013

Punca malas nak update blog

Assalamualaikum..
Alangkah malasnya diri ini untuk menghapdet blog..maafkan la ye..sebenarnya alhamdulillah, lepas balik dari bercuti yg lalu, aku telah disahkan mengandung.. terkejut jugak sbb baru je sblm tu buka iucd..tak sangka begitu cepat melekat.. cuma, kandungan kali ini macam2 ujian yg berlaku..bleeding 2minggu lebih..mula2 cek kat azzahrah sbb risau punya pasal, bila scan xberapa nmpk sgt sbb baby kecik lg, doc ckp klu risau sgt, dia refer ke doc pakar utk scan dari bawah pulak. tp senin tu aku xpegi pun sbb aku kerja dan aku sendiri pun ada patient..sampai la ke hari jumaat aku kerja, hari jumaat tu aku ada program kat IKTBN dan aku terangkat dumble 4kg, padahal tolong paskan je..xdela lama sgt jangkamasa angkat dumble tu, sekali sampai rumah bleeding aku warna merah pulak..lagi la cuak.. esoknya patut aku ada program, kene buat demo masakan, tapi terpaksa excused sbb aku nak cek kat Dr Kamaljit di Klinik Pakar Wanita Bangsar..kandungan sebelum2 ni mmg aku selalu cek kat Dr Kamaljit tu sbb scan dia jelas..kakak ipar dgn biras aku pun selalu cek kat situ, sampaikan kakak ipar aku mengandung luar rahim pun Dr tu boleh detect, mujur tiub fallopio ok lg..sbb bby kecik sgt lagi..sbb tu aku suka cek kat sana, tapi biasanya sampai 12 minggu je, aku dah chaww ke Prince Court..hehehe..ye la sbb PCMC tu panel husband aku, so free je la kan.. Klinik Dr Kamaljit tu waktu terhad..sabtu bukak pukul 9-1pm.. ahad tutup..kalau hari kerja, mimpi la nak ke sana..

Aku tanya Dr, adakah sebab aku pakai iucd?? dia kata xde kaitan.. aku tanya lagi adakah sebab aku masih bf anak? dia kata, mungkin..so, skg aku try untuk stopkan Aqil menyusu..umur dia dah setahun 10 bulan lebih, lagi sebulan lebih nak 2 tahun..sedih jugak sbb xdpt nak menyusukan dia 2 tahun cukup..huhu..xpe la..mungkin rezeki dia sampai situ je kot.. bila bf, contraction akan berlaku, mungkin sebab rahim aku xkuat sgt, tu sebab bleeding..

Aku risau sbb sorg kwn aku yg baru disahkan mengandung, tiba2 gugur pulak..asalnya sbb bleeding, tu yg membuatkn aku lg risau..bila cek dan scan dgn Dr Kamaljit, dia ckp ada lapisan gelap di luar kantung baby, dia ckp tula lapisan darah yg selalu keluar..dan dia bagi aku ubat Duphaston, ubat untuk kuatkan rahim, maknanya untuk tambah hormon progesteron lg..dia bg aku mc 2 hari supaya aku berehat..dia ckp aku terlalu aktif..memang pun..byk kerja wo...kadang kat klinik aku angkat barang berat cam kotak susu ke utk kemas bilik aku yg dah serupa stor tu..huhu..hari sabtu pun kadang kena kerja juga...dia ckp.. lagi seminggu jumpa dia lagi untuk tengok ada lg x bleeding tu..kalau still ada, dia akan bg injection kat aku.. bila aku makan ubat tu rasa sgt loya tekak, selera makan pun merudum..perut lapar giler, tapi tak lalu nak makan..huhu..perut pun selalu masuk angin..

Sebab itula update percutian aku ke Istanbul dan Dubai tergendala..gara2 loya, xsedap badan dan xde mood..kadang rasa cepat je naik darah, padahal sebelum ni aku cool je..heheheh...

Seminggu lepas tu aku jumpa Dr Kamaljit lagi, dan bleeding aku dah semakin berkurangan.. cara aku stopkan Aqil bf, kelaka jugak..aku guna kapas letak sirap pastu letak la kt situ, bila dia minta nak susu, aku ckp la Aqil dah besar, nak 2 tahun dah, Aqil xleh menyusu dah sbb ada darah.. bila dia tengok, terus dia tak nak..geli.. si Adam pun memainkan peranan yg penting dlm memberikan rasa geli yg amat pd Aqil... Aqil pun lagi la geli.. mujur anak2 aku penggeli.. kalau tak mkn saman, habis la aku... malam2, kesian jugak kat dia..menangis2.. tapi aku kene tabah juga..sbb kalau aku tewas, ia memudharatkan aku pulak..

So far, bila scan, baby ok..perkembangan mengikut minggu dan heartbeat pun dah ada.. alhamdulillah..cuma, bila cek urin ada albumin pula.. merisaukan lg.. Semoga aku bertabah dgn segala ujian yg mendatang.. kawan2 doakan sy ye..

Sunday 10 November 2013

Mari Cuci Mata Lagi..keh..keh..

Jalan-jalan di Dubai Mall, suka sgt tgk perabot utk bilik kanak-kanak ni.. sweetnya.. kalau kat cni lebih kurang macam kat Snoozeland la..tu yg aku tau..tak tau la ada kedai lain lg yg lebih kurang camni..

 Sukaa....




 Cantiknya lampu tidur tu..
Ni utk Anak lelaki pulak

Kat cni, aku hanya cuci mata shj..sbb suka sgt tgk hiasan2 utk bilik kanak2 yg sweet2 belaka.. giler hapa nak hangkut bila naik flight nnt..rasa hati nak rembat lampu tidur tu tp..nanti kang mesti kemek2..

Hobi bertukar side income

  Assalamualaikum.. Sejak berhenti kerja 7 tahun yang lalu, aku mmg tak bekerja dan hanya menumpukan sepenuh perhatian pada anak-anak, suami...